PANAS !!!! Penyokong PAS Memang GANAS


Tindakan beberapa penyokong pembangkang yang dipercayai penyokong PAS telah membuat ugutan dengan menggunakan senjata tajam kepada seorang pemuda baru-baru ini dilihat sebagai satu bentuk ugutan yang cukup membahayakan dan perlu diambil perhatian segera oleh pihak berkuasa dalam menangani budaya gangsterterism dalam PAS hari ini.

Ianya bermula apabila  Mohamed Durrany Izam pada 11 Julai lalu apabila selesai melaksanakan tugas memasang banner debat antara bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali dengan Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor di luar kawasan Masjid Al-Syariff di Meru, kehadiran dua orang lelaki dengan menaiki sebuah kereka Toyota Hilux dengan salah seorang darinya membawa parang panjang telah mencantas dan memotong banner-banner yang digantung Izham sebelum ini.

“Saya pasang banner tersebut dalam pukul 7.00 pagi, kemudian saya tunggu di dalam kereta untuk tenggok banner tersebut. Dalam pukul 9.20 pagi, datang sebuah kereta Hilux berwarna hitam, salah seorang keluar bawa parang mencantas banner-banner tersebut.

Saya tegur agar jangan buat perkara tersebut, kemudian lelaki tersebut mengacu parang kepada saya dan cakap ‘Jangan campur’. Kemudian lelaki tersebut mengambil gambar kereta saya dan terus beredar dari situ,” ujarnya mengulas kejadian ugutan menggunakan senjata tajam yang diterimanya baru-baru ini.

Selepas kejadian tersebut, Durrany telah membuat laporan polis dan lelaki yang menggugutnya telah ditangkap pihak polis. Dalam masa yang sama, dia mengakui menerima panggilan dari pihak PAS untuk memujuknya menarik semula laporan polis.

Tambahnya yang kesal dengan tindakan dan ajaran dari pihak pembangkang yang mendidik penyokongnya menggunakan kekerasan termasuk menggunakan senjata tajam, ini bukti bahawa perjuangan PAS bukanlah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar sebaliknya mereka hanya mempergunakan istilah Islam pada partinya untuk menghalalkan cara dan pendekatan perjuangan mereka.   

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment