Golongan Bumiputera Sedia Perlu Bangun Keupayaan Dan Bersaing - Khaled Nordin


Golongan Bumiputera yang menerima manfaat di bawah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera perlu bersedia membangunkan keupayaan mereka dan bersaing sesama sendiri, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dengan cara itu mereka mampu mencapai kecemerlangan dan kejayaan serta akhirnya dapat membantu Bumiputera lain demi meningkatkan status ekonomi masyarakat itu keseluruhannya.

"Ini bukan bermakna masyarakat Bumiputera menerima bantuan itu tanpa
melakukan apa-apa. It is not handouts (Ini bukan pemberian percuma)," katanya yang ditemui semasa lawatan kerja ke Taman Megah Ria di sini hari ini.

Mengulas mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Mohamed Khaled berkata ia menunjukkan keberanian dan komitmen kerajaan untuk memenuhi kehendak dan hasrat golongan yang mewakili 67.9 peratus daripada penduduk dalam negara ini.


"Di peringkat kerajaan negeri kita akan menyediakan pelbagai usaha bagi menjayakan agenda ini termasuk meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada pegawai dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) seperti JCorp (Johor Corporation), KPRJK (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor) dan pihak berkuasa tempatan supaya mereka juga berusaha untuk menjayakan agenda ini," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment