Kenaikan Minyak - Peluang Anwar Guna 'Peluru Sesat' Hentam BN


Kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini telah dijadikan 'peluru sesat' oleh pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dengan segala macam kelentongnya untuk memperkecilkan dan memperlekehkan kredibiliti pentadbiran BN.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, pada zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir, harga minyak naik sebanyak 46sen (kiraan dari tahun 1990 - 2003) manakala di zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak RM1.38sen dan turun sebanyak 90sen.

“Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak RM.025sen. Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Tetapi pada tahun 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, sebab Anwar mendabik dada kerana di zaman beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong,” ujarnya.

Kempen Anwar Pastikan Minyak Kekal Stabil
Tambahnya, Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat,  tapi bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dalam masa yang sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%.

Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dalam masa yang sama dia buat janji bagi royalti minyak 20% yang pasti menggurangkan pendapatan negara.

“Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini, saya tetap kecewa dengan kerana buat pertama kalinya, kita telah secara jelas melanggar perjanjian bahawa usaha akan dilakukan untuk menggurangkan beban rakyat.


Memang sukar untuk mengambil keputusan berat ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 kebawah. Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:18 PM

    Golongan yg tak dpt BR1M lebih ramai...

Post a Comment