BN Kedah Optimis Tawan Kubu Kuat PAS Di DUN Sg Limau


Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Kedah dilihat sebagai kawasan kubu kuat PAS, namun BN Kedah tetap optimis untuk menawan DUN tersebut pada Pilihan Kecil DUN Sungai Limau, 4 November ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, BN Kedah sudah pun mengerakkan jentera untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini.

"Apa yang penting ialah untuk memastikan jentera kita sudah bergerak di 19 buah peti undi di kawasan DUN Sungai Limau, sambil BN negeri sedang menapis senarai calon untuk ditampilkan mewakili BN nanti.

Kita faham dam tahu bahawa DUN ini kubu kuat PAS, namun kita sebagai kerajaan negeri mahu membawa pembangunan ke kawasan DUN Sungai Limai. Kita tak mahu kawasan tersebut tertinggal dari pembangunan arus perdana.

Jadi, itu tawaran kami kepada rakyat khususnya pengundi dan masyarat DUN Sungai Limau," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon Majlis Tertinggi dan Calon Pergerakan Sayap-sayap di sini pagi tadi.

Dalam masa yang sama, beliau menjanjikan calon yang terbaik untuk mewakili BN, yang mempunyai peluang yang cukup tinggi untuk membawa kemenangan BN pada pilihanraya kecil tersebut.

"Namun, seperti selalu saya katakan, kita merupakan underdog pada pilihanraya kecil ini. BN mempunyai ramai calon yang layak diketengahkan dan kita akan menyenarai pendek tiga nama bersama latar belakang mereka untuk diserahkan kepada pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan," tambahnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Khamis lalu berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.


SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, Ahad lalu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment