Buang Pekerja PKNS- Satu Lagi Bukti Pakatan Gagal Laksana Konsep ‘Negeri Berkebajikan’


Kemelut  masalah dalaman Kerajaan Pakatan Selangor semakin meruncing, perbalahan antara Menteri Besar, Tan Sri  Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sehingga terpaksa bazirkan wang rakyat untuk memberikan laluan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang semata-mata hendak mengaburi mata rakyat terhadap permasalahan dlm kepimpinan Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adha Abu Hanifah berkata, terkini isu pembuangan pekerja-pekerja PKNS secara tiba-tiba juga menunjukkan cara pentadbiran lemah pihak Pakatan Selangor.

Isu terbaru itu berlaku tidak sampai sebulan selepas pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohammed Azmin Ali, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Ini jelas menunjukkan Pakatan cakap tak serupa bikin bila Hak Asasi Pekerja di cabuli oleh ‘pelacur-pelacur politik’ Pakatan Pembangkang ini.

Di sini secara jelas kepimpinan pakatan Selangor melacurkan kuasa dalam pentadbiran negeri, pembuangan pekerja-pekerja PKNS ini ibarat meludah ke muka mereka sendiri, kerana mereka juga yang selama ini melaung-laungkan konsep ‘negara berkebajikan’ dalam manifesto politik mereka,” ujarnya yang juga Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Tambahnya, hakikat sebenar pakatan DAP-PKR-PAS Selangor mengkhianati hak asasi pekerja.


“Keputusan-keputusan yang dibuat kini oleh Pakatan kini jelas tidak mendapat kesepakatan dan permuafakatan dalam kepimpinan Selangor, sebagai contoh, berlakunya peletakan jawatan ADUN Kajang sehingga berlakunya PRK Kajang, keputusan dibuat tanpa perbincangan antara parti-parti gabungan pakatan, dan akhirnya rakyat dijebakkan dengan sandiwara politik mereka,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    8:24 PM

    Yg kena buang tu pekerja kontrak. Penyokong pakatan barangkali...nama pun pekerja kontrak so memang lah boleh di terminate kontrak....lantak lah pakatan haram nak gaduh sama sendiri. Kalu pakatan dapat ambil kuasa pru 14 nanti siap sedialah penjawat awam pula kena buang kerja...nak nak penyokong pakatan dlm kerajaan malas buat kerja sibuk berpolitik elok dibuang je

  2. Anonymous
    8:43 PM

    tak ramai yg sedar ada yg tersirat disebalik yg tersurat
    persoalannya apakah reaksi warga Selangor bila ianya berlaku ??
    marah ?? .... pada siapa ?? Khalid gagap ??kes ini pasti berpanjangan dan apa pula yang akan berlaku di Selangor dalam masa terdekat ini ? PRK KAJANG la !!
    ada Khalid kisah ?? alang2 dia PASTI TERSINGKIR lepas PRK ni ... apa salahnya lingkupkan terus calon dari PKR ??
    tunggu ada beberapa kejutan yang lebih "syahdu" dari kem Khalid dalam masa terdekat ini.
    hehehehehehe ... Mat Bangla pun diberi notis SEBULAN ... ni 24 JAM !! ... apa barang ....... ?!!!

Post a Comment