Anwar Pengemis Politik Murahan


Siapa tak kenal dengan sandiwara murahan politik Anwar Ibrahim...? Apa sahaja yang boleh menguntungkan politik peribadinya dia pasti tidak akan lepaskan peluang ini.

Bekas Setiausaha PKR Negeri Selangor, Haji Mohd Nazmi Rosli berkata, antara peluang yang harus dipergunakan Anwar ialah sebaik sahaja Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman Anwar didapati bersalah dalam kes meliwat Saiful, dia dengan lantang mengecam keputusan tiga orang Hakim.

"Memang sudah dijangka Anwar akan mengheret UMNO dalam perkara ini. Dia lupa bahawa proses penghakiman mengikut segala prosedur ataupun dia pura pura terlupa..?

Sebagai tertuduh Anwar dibenarkan untuk membela diri dan sepertimana lazimnya dia akan membawa segerombilan peguambela yang tersohor untuk membuat pembelaan. Akan tetapi, kita yakin dan percaya institusi kehakiman dalam negara kita membuat sebarang keputusan berpandukan sepenuhnya kepada fakta kes.

Persoalan yang harus kita ajukan kepada Anwar, "kenapakah sewaktu beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan meliwat Saiful beliau tidak mengkritik hakim dan berterima kasih kepada UMNO jika benar katanya UMNO boleh mencampuri keputusan Mahakamah...?," ujarnya mengulas tindakan Anwar yang mengecam Keputusan Mahkamah baru-baru ini.

Tambahnya, Anwar juga pernah dibebaskan dari tuduhan sekaligus bebas dari tahanan Penjara Sungai Buloh pada tanggal 2 September 2004. Ini bermakna sudah dua kali Anwar pernah dibebaskan menerusi keputusan Mahkamah di negara ini.

Menyalahkan UMNO dan tidak mahu menerima keputusan Mahkamah merupakan satu taktik biasa Anwar untuk mengalihkan isu sebenar. Dia tidak mahu imejnya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat tercemar maka formula 'blamming game' iaitu menuding jari ke pihak lain dia gunakan.

"Taktik seperti itu sangat penting untuk dijadikan alasan sekiranya nanti Pakatan Pembangkang gagal untuk menawan Putrajaya dan menjadi semakin tidak relevan apabila Anwar kembali merengkok dalam penjara. Maka dengan mudah juak-juak murahan pengikut tegar Pakatan Rakyat akan menyatakan "UMNO takut Anwar menjadi PM, oleh itu terpaksa sumbat Anwar balik ke dalam penjara..".

Padahal mengikut rekod, Anwar pernah bebas dari tuduhan. Malah ada beberapa aduan yang melibatkan pimpinan atasan PKR seperti harta kekayaan luar biasa Azmin Ali tak pernah beliau didakwa. Apakah ini tidak adil...?

Proses pendakwaan juga tidak pernah memilih bulu di mana kita saksikan ramai juga pimpinan UMNO yang pernah didakwa dan dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah.

"Merujuk pada hukuman Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman Anwar bersalah meliwat Saiful seharusnya Anwar berasa malu dengan komen yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam (BAR Council), Christopher Leong.

Christopher dengan selamba menyatakan liwat itu memang berlaku 'suka sama suka'. Kenyataan ini amatlah serius kerana dibuat oleh Presiden Majlis Peguam. Walaupun niat Christopher cuba mengheret Saiful untuk dihukum bersama tetapi pada asasnya beliau mengakui Anwar seorang peliwat...!


Apakah Anwar masih mahu menyalak dan menyalahkan institusi kehakiman...? Adakah individu bernama Christopher Leong selaku Presiden Majlis Peguam itu seorang ahli UMNO....?," ujarnya lagi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment