Jelajah Taklimat & Pendaftaran Sekretariat Bebas Muflis Peringkat Negeri Kedah & Pulau Pinang

Program khidmat komuniti secara percuma ini yang dipengerusikan oleh Dato’ Sohaimi Shahadan bertujuan untuk menjadi jejambat penghubung antara mereka yang muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia di samping membantu mereka yang telah pun disahkan muflis untuk bebas dari belenggu kebankrapan.

Orang ramai yang menghadapi masalah kebankrapan ini diminta tampil dan mendaftarkan diri dengan Jabatan Insolvensi Malaysia agar kes mereka dapat di dengar daripada terus menyembunyikan diri dan menghadapi kesulitan menjalani kehidupan harian. Taklimat dan penerangan mengenai peranan, bidang kuasa dan bagaimana setiap kes dapat dibantu akan diadakan melalui Siri Jelajah diseluruh Malaysia yang akan di adakan di Kedah dan Pulau Pinang pada :



Peringkat Negeri Kedah:-

Tempat                     : Hotel Seri Malaysia, , Daerah Kota Star,  Alor Setar, Kedah
Tarikh                       : 29 Mac 2014 (Sabtu)
Masa                          : 2.00 - 5.00 petang


Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tempat                     : Wisma Transformasi, Dewan UMNO, Permatang Pauh
Tarikh                       : 30 Mac 2014 (Ahad)
Masa                          : 2.00 - 5.00 petang

Siri Jelajah yang diadakan ini mendapat kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan Insolvensi Malaysia memberi peluang kepada orang ramai untuk terus berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Program Komuniti Kemasyarakatan disediakan secara PERCUMA.


Maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.bebasmuflis.com. Beri peluang untuk Sekretariat Bebas Muflis membantu anda.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment