Apa Tujuan PKR Keluar Manisfesto Baru Sedangkan Manifesto PRU13 belum Dilaksanakan?


Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor hari ini mempersoalkan tindakan PKR melalui calonnya, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang mengeluarkan manifesto baru semata-mata untuk PRK Kajang memandangkan PRU13 baru sahaja berlaku tidak sampai pun setahun yang lalu.

Ketuanya, Salbiah Saari berkata, untuk apa mereka mengeluarkan manifesto baru sedangkan manifesto PRU13 yang lalu pun belum lagi dilaksanakan oleh pihak PKR di Kajang sedangkan kawasan ini juga merupakan kawasan yang dimenangi oleh PKR sejak dua penggal yang lalu.

"Saya rasa, apa yang sedang mereka buat ini sekadar nak putar belit isu, saya harap pengundi di DUN Kajang ini akan membuka mata bahawa ADUN terdahulu termasuk yang baru meletakkan jawatan baru-baru ini tidak buat kerja atau memperjuangkan nasib rakyat di Kajang.

Jelas khidmat Adun terdahulu, Lee Chin Cheh selepas menang PRU13 lalu adalah tidak memuaskan dan mengecewakan rakyat Kajang.

Jadi, pelepasan jawatan Lee merupakan satu peluang kepada pengundi di Kajang untuk memilih ADUN baru yang lebih ikhlas, bertanggungjawab dan berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih baik untuk mengawasi operasi majlis tempatan, menyelesaikan isu-isu tunggakan dalam majlis tempatan serta menambah baik hal ehwal pengurusan majlis berkuasa tempatan," ujarnya mengulas menifesto baru yang dikeluarkan PKR bagi PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.

Sehubungan dengn itu, Puteri UMNO menyeru penyeru DUN Kajang agar tidak tertipu buat kali kedua kerana manifesto yang ada iaitu pada PRU13 yang lalu perlu diteruskan, perlu dilaksanakan dan ditepati, bukannya nak create satu manifesto yang baru.

"Jadi buat Chew Mei Fun, kita harapkan pengundi-pengundi akan dapat memberikan sokongan kepada beliau kerana kita yakin hanya BN yang menjanjikan dan seterusnya akan melaksanakan segala janji yang dibuat khususnya di DUN Kajang.


Kita bukan setakat janji, tetapi kita akan menepati janji yang dibuat. Puteri UMNO Selangor dan Puteri UMNO Hulu Langat juga akan menjadi mata dan telinga khususnya membantu Chew Mei Fun dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya sebagai ADUN Kajang sekiranya diterima oleh pengundi pada 23 Mac nanti," ujarnya yang juga Ketua Putri UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment