Jika Sibuk `Keadilan Untuk Anwar', Bagaimana Pula Keadilan Untuk Rakyat Kajang


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin membidas pakatan pembangkang hanya hanya tahu mencari salah kerajaan dan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah mengambil tahu serta mengabaikan kepentingan dan keperluan rakyat.

Begitu juga dengan tema yang dibawa oleh calon PKR di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah iaitu 'Keadilan Untuk Anwar', jadi di mana keadilan untuk rakyat Kajang?

"Saya nak bertanyakan kepada Wan Azizah, jika tema perjuangan Keadilan Untuk Anwar yang digunakan sepanjang kempen di Kajang, bagaimana pula dengan keadilan untuk rakyat Kajang kerana saya lihat banyak lagi masalah yang melibatkan penduduk dan masyarakat di kawasan Kajang ini.

Saya sendiri tidak pernah suara dari wakil-wakil rakyat mereka memperjuangkan masalah rakyat, samaada di parlimen ataupun sidang Dewan Undangan Negeri. Apabila kita memilih untuk menjadi kerajaan, kita perlu bertanggungjawab sebagai sebuah kerajaan, tetapi jika kita memilih berperanan sebagai pembangkang, kita perlu bertanggungjawab sebagai pembangkang yang efektif, bukan pembangkang yang hanya bergantung kepada isu-isu untuk dipermainkan, mengelirukan rakyat semata-mata untuk mendapat sokongan," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputara Negeri Selangor di sini petang tadi.

Dalam masa yang sama, Rosnah menyifatkan pengedaran gambar bogel calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang jelas telah diedit merupakan satu indakan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah satu tindakan yang memalukan.

Ini memperlihatkan bagaimana ceteknya maruah dan bagaimana mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menang dalam PRK Kajang ini.

"Saya bersimpati dengan calon BN, Chew Mei Fun yang memang seorang yang kita kenali sebagai seorang yang sangat komited, sangat bertanggunjawab dan sering memperjuangkan masyarakat dan rakyat yang beliau wakili.

Saya mengenali beliau sejak 2004, semasa beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen dan ketika beliau Timbalan Menteri. Beliau seorang individu yang sangat berpegang pada prinsip tetapi juga seorang yang sangat rajin bekerja. Beliau sanggup meletakkan jawatan kerana beliau tidak bersetuju dengan presiden parti yang terdahulu.

Ini membuktikan bahawa Chew Mei Fun seorang yang berpendirian yang kukuh dan apa yang dilakukan untuk memalukan beliau ini satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Tambahnya, tindakan memalukan ini menunjukkan pendekatan yang diamalkan oleh pembangkang terutama sekali dalam usaha mereka untuk memenangi semula kerusi DUN Kajang yang mereka sendiri kosongkan untuk tujuan yang tidak jelas dan mempermainkan dan mempersendakan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka pada PRU13 yang lalu.

"Ini adalah satu perbuatan yang harus dikutuk, saya sebagai seorang wanita, saya menyeru pengundi Kajang untuk memberikan sokongan kepada calon BN kerana Chew Mei Fun adalah calon yang terbaik dan segala perbuatan yang telah merosakkan dan memalukan calon ini, haruskan dihentikan.


Kita bertandinglah secara gentleman, berpeganglah kepada kekuatan masing-masing, bukannya di atas fitnah yang dilontarkan ke atas calon lain yang merupakan lawan kita, seperti Chew Mei Fun yang jelas tidak bersalah. Saya harap beliau akan dapat sokongan yang padu dan menang 23 Mac ini," tambahnya lagi.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment