Dukacita Kehilangan MH370, Janganlah Ada Pihak Yang Politikkannya


Pergerakan Pemuda UMNO Maaysia hari ini menyatakan rasa simpati kepada semua penumpang anak kapal MH370 dan ahli keluarga mereka , terutamanya dari Malaysia.

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, setelah lebih seminggu , usaha mencari masih lagi di teruskan oleh Kerajaan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsa.

"Kami amat kagum atas bantuan dan kerjasama yang di berikan oleh semua pihak , terutamanya rakan-rakan antarabangsa , dari aspek misi menyelamat dan perkongsian maklumat. 

Kami ingin berterima kasih kepada semua negara-negara yang terlibat untuk memberi bantuan di dalam misi pencarian dan penyelamat. Ini menunjukkan pihak antarabangsa amat prihatin terhadap isu ini dan di atas semangat setiakawan di peringkat global, mereka datang dan sanggup menyalurkan bantuan dalam berbagai aspek, termasuk juga dari pihak FBI dari Amerika Syarikat," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kejadian ini amat mendukacitakan dan Pemuda UMNO berpendapat bahawa tiada negara di dalam dunia yang pernah mengalami perkara serumit ini , iaitu ‘kehilangan’ kapal terbang milik MAS MH370. Tiada negara juga yang boleh ‘bersedia’ untuk mengendalikan perkara yang rumit ini dan kami amat kagum melihat cara kerajaan Malaysia mengendalikan perkara ini dengan baik dan telus.

"Kami juga ingin menyatakan persaan kagum dan teruja kepada Perdana Menteri Malaysia , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia , Menteri Luar Negara , Ketua Polis Negara , Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS dan pihak-pihak berkaitan yang mengendalikan krisis ini dan memberikan perhatian penuh tanpa berbelah bahagi di dalam perkara ini sejak hari pertama.

Kita juga rasa dukacita ke atas beberapa media antarabangsa dan juga pihak-pihak tertentu di Malaysia , yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia di dalam misi pencarian pesawat MH370. Ini adalah satu sikap yang tidak bertangungjawab dan juga dapat mengelirukan persepsi masyarakat antarabangsa mengenai isu ini.

Seperti yang kita maklum , pihak Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa lain masih lagi meneruskan misi pencarian MH370 dan perkembangan terbaharu adalah seperti yang di maklumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib pada Sabtu 15 Mac 2014. Perdana Menteri sendiri telah membatalkan beberapa siri lawatan luar negara untuk beliau menumpukan perhatian penuh terhadap insiden ini," ujarnya lagi.

Tambahnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab , pihak berkuasa hanya boleh memberikan maklumat yang telah disahkan kesahihannya dan tidak boleh membuat apa-apa andaian yang berbentuk spekulasi , tanpa sebarang bukti yang kukuh.

"Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak menyelindungi apa-apa maklumat dan bersikap amat telus di dalam perkara ini dan menyeru agar rakyat Malaysia yakin akan semua maklumat-maklumat yang di salurkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kami berharap agar tiada mana-mana pihak di dalam dan luar negara membuat spekulasi-spekulasi dan andaian yang tidak tepat di dalam isu ini , terutamanya di dalam media social , yang boleh menghuru-harakan keadaan , kerana misi pencarian masih lagi sedang berlangsung . Ini  juga penting demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum keluarga MH370," ujarnya lagi.

Kami juga berharap agar tiada parti-parti politik yang mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan perkara ini kerana ianya melibatkan kepentingan dan  keselamatan negara , yang akhirnya boleh menjejaskan imej dan hubungan baik Malaysia bersama-sama rakan-rakan antarabangsa.

Isu MH370 ini tidak seharusnya di politikkan.


Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO meminta agar semua keluarga MH370 bersabar dan kami akan sentiasa berdoa , berharap dan berkeyakinan penuh terhadap kerajaan Malaysia , rakan-rakan penyelamat antarabangsa dan pihak-pihak berkuasa agar mendapat petunjuk baru dan positif di dalam isu ini supaya dapat kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment