Manifesto Wan Azizah : Mereka Hanya Boleh Bercakap & Mencanang ......


"Mereka hanya boleh bercakap, di mana-mana pun mereka akan bercakap tetapi yang melaksanakan dan merealisasikannya ialah Barisan Nasional," ujar Datuk Ahmad Maslan mengulas manisfesto baru yang dicanangkan oleh calon PKR, Datin Seri Wan Azizah pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ini.

Tambahnya,  kita tak perlu dengar pun apa yang mereka katakan kerana yang merancang lebih awal MRT ialah sejak tahun 2010, pada pembentangan Bajet 2010 untuk tahun 2011, dah lama kita rancang, bukan untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang ini.

"Alhamdulillah, pelaksanaan projek ini ini mengikut perancangan yang telah dibuat. Apabila kita memilih lingkaran, jajaran MRT dari Sungai Buloh ke Kajang, pilihan Kajang itu pilihan yang tepat kerana kita ingin mengubah corak landskap bandar ini.

Apabila ada pembinaan MRT maka, wujudlah pembangunan yang besar, dipanggil Kajang 2 dan ia merupakan satu petanda awal bagaimana Kajang ini boleh berubah menjadi sebuah kota metropolitan yang cukup hebat," tambahnya selepas menemui jentera penerangan Puteri dan Pemuda di Bilik Gerakan Induk Pemuda dan Puteri, malam tadi.

Tambahnya, MRT adalah mood pengangkutan terkini dan termoden yang dibina oleh kerajaan melalui MRT Corporation. MRT ini memberikan banyak kebaikan, antaranya mengurangkan kesesakan jalanraya, ianya juga akan menjadikan Kajang sebagai kota metropolitan.

"Ianya akan menambahkan peluang perniagaan baru di kawasan Kajang serta ia akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat di kajang, kerana kualiti masa bersama keluarga akan bertambah.


"Kita menggunakan peluang untuk berjumpa jentera Pemuda dan Puteri untuk saya maklumkan kepada mereka, yakin boleh kerana kita telah mendapat sedikit undi kaum cina kerana mereka suka dengan calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun selain undi Melayu yang kekal dan akan bertambah kerana mereka memahami bahawa PRK ini memberikan sedikit peluang tambahan kerana dulu dah terlepas peluang, kerana dulu PKR dan dua kali menang dan kali ini peluang untuk mereka menebus kembali agar BN menang di pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment