Hilangkan Deposit Calon BN…. Pakatan Pembangkang Tanggung Malu Besar


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan hari ini mempersoalkan referendum ‘Kajang Move’ yang sebelum ini gah dicanangkan hingga ke tahap mahu menghilangkan deposit calon Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau kekalahan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak memeranjatkan tetapi penyusutan undi majoriti sebanyak 1,445 dan pengurangan 4,000 undi yang diperolehi calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR, mengejutkan banyak pihak.

“Lebih memalukan kerana ada pemimpin pakatan pembangkang yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

keluarga-isteri-anak-diguna-peralat-awet-rakus-politik-anwar-ibrahim

“Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?,” ujarnya mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac lalu.

Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai terlalu angkuh dan sombong apabila meramalkan calon BN bakal kehilangan wang deposit dalam PRK DUN Kajang lalu, tetapi keputusan yang diterima Wan Azizah walaupun menang PRK ini membuktikan bahawa mereka sudah bosan dijadikan ‘alat politik’ untuk kepentingan peribadi pemimpin pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, difahamkan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Hasrat Anwar bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus menyebabkannya hilang kelayakan.


Kemenangan PKR itu tidak mengubah kedudukan kerusi DUN Selangor dengan menguasai 14 kerusi dan BN kekal dengan 12 kerusi manakala dua lagi parti yang tidak bertanding iaitu Pas serta DAP memiliki 15 kerusi.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment