Ikrar Dan Janji Mei Fun Kepada Warga Kajang


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini berikrar akan memperkuatkan check and balance terhadap kerajaan negeri Selangor, membetulkan masalah hal ehwal tempatan selain memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif dan sebagai Duta Muhibbah untuk Perpaduan Rakyat.

Ujarnya, pilihanraya kecil DUN Kajang ini merupakan satu cabaran yang besar di sebalik di dalam satu pilihanraya kecil yang sengaja diadakan secara sengaja oleh parti PKR dengan tujuan yang tidak jelas.

"Mereka telah mempersenda dan memanipulasi sistem demokrasi yang telah diamanahkan kepada mereka dan bagi menegakkan, menghormati dan mempertahankan prinsip demokrasi serta hak rakyat, masa saya terpanggil untuk memikul amanah dan menggalas tanggungjawab dalam PRK kajang ini," ujarnya  yang melafazkan Ikrar tersebut di Majlis Ikrar Mei Fun Kepada Warga Kajang di Bilik Gerakan MCA di Taman Berjaya, Kajang.

Dalam masa yang sama, beliau menjanjikan kepada warga Kajang dengan memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kenyataan untuk menonjolkan imej Kajang sebaga isebuah bandar kebudayaan.

"Saya akan Mendirikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan akan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan Rakyat Jelata. Saya akan memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang memuaskan, memantau keberkesanan pihak Majlis Perbandaran Kajang dalam pembinaan dan penyelenggaran infrastructure  termasuk jalan, longkang, lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

Selain itu, kita berjanji untuk meningkat sisten pengangkutan awam dan lalu-lintas secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yang dirancang oleh kerajaan pusat, demi menangani masalah kesesakan lalulintas di Kajang yang kian menular," ujarnya yang juga Naib Presiden MCA.

Selain itu, Mei Fun turut menjanjikan penyelasaian masalah banjir kilat di kawasan kajang selain memantau dan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha membanteras jenayah, mengeratkan hubungan dengan pihak polis dengan orang awam dan menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dengan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keselamatan.


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment