Rakyat Perlu Ketepikan Batasan Politik, Bantu Cari Pesawat MH370 - Nik Abduh


Rakyat perlu ketepikan batasan politik untuk bantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata insiden berkenaan merupakan isu negara yang perlu ditangani bersama dan bukan masa untuk memikirkan fahaman politik masing-masing dalam menanganinya.

"Hapuskan sempadan fahaman masing-masing, doa bersama-sama, elak kritik usaha yang dijalankan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, apa sahaja usaha yang dijalankan bagi menjayakan operasi tersebut tidak harus ada halangan politik terutama dalam mengadakan solat hajat.

"Tiada sempadan apa-apa bagi umat Islam untuk berdoa kepada Allah. Tidak kisah siapa anjur solat hajat baik BN (Barisan Nasional) atau pembangkang sekalipun, siapa saja boleh sertainya," katanya.

Beliau berharap pihak berwajib terus menggandakan usaha dalam mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Menyentuh mengenai wujudnya bomoh melakukan ritual untuk mengesan pesawat itu, Nik Mohamad Abduh berkata:"Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas."

"Kita tidak mahu perkara ini menjadi perhatian antarabangsa apabila masih ada kelompok muslim negara ini yang percaya akan upacara syirik boleh membantu dalam usaha mencari dan menyelamat (pesawat MAS).


"Sekatlah mereka mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment