Imej Satelit Dalam Pencarian Pesawat Hilang 'Tidak Jelas' - AMSA


Imej yang dikesan sebagai dua 'objek' mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang adalah 'tidak jelas', kata Pengurus Besar Bahagian Respons Kecemasan Lembaga  Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

"Dua objek itu dalam bentuk saiz yang munasabah dan mungkin dihanyutkan oleh air, bergerak turun naik di permukaan," menurut Young seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Young dalam sidang akhbar di Sydney, Australia, sebagai berkata bahawa negara itu telah menghantar empat pesawat pencari dan dua kapal ke kawasan di bahagian selatan zon pencarian di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebelumnya minggu ini, untuk mencari objek yang dikesan oleh satelit itu. Young berkata air di kawasan pencarian adalah 'beberapa ribu meter dalam' dan penglihatan yang lemah di kawasan itu akan menjejaskan pencarian, walaupun cuaca sederhana, lapor Reuters.


Awal hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi untuk memberitahu bahawa kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang telah dikesan di selatan Lautan Hindi.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment