Tiga pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan di selatan Lautan Hindi di mana objek-objek yang
dipercayai berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370
dikesan, menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Aset-aset itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja
New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.
"Pesawat Poseidon itu dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua
Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat
Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," kata pengurus besar Bahagian
Respons Kecemasan AMSA John Young dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh
Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan
boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai
pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran.
Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika
tugas menempatkan semula objek berlanjutan.
Awal hari ini, RCC Australia menerima imejan objek dari satelit berkemungkinan
berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Young berkata imejan itu dirakamkan oleh satelit dan penilaian ke
atasnya yang disediakan oleh Australian Geospatial-Intelligence Organisation
sebagai
kemungkinan petunjuk objek di sebelah selatan kawasan carian yang
menjadi fokus pencarian.
"Imej itu adalah di sekitar kawasan carian yang ditakrifkan
dan diperiksa dua hari lepas, Empat pesawat itu telah diorientasikan semula ke
kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth hasil maklumat ini.
Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan
yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin dijangka tiba di kawasan itu
kira-kira 6
petang.
Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success,
juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi jaraknya memakan masa beberapa hari
dari
kawasan itu. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk
mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370,
katanya.
Usaha mencari pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan ke
Beijing dan 239 penumpang dan anak kapal itu kini memasuki hari ke-13.
Pesawat itu hilang daripada skrin radar sejam setelah berlepas
dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
Kawasan pencarian diperluaskan meliputi kawasan yang luas di arah
barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah
melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi
dalam pesawat itu dan menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang
beberapa jam selepas itu.
Usaha itu kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara
yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga
ke bahagian utara Thailand; dan koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia
ke bahagian selatan Lautan Hindi.
0 Komen