Jadi Tanggungjawab Kita Tolak Pemimpin Yang Tak Amanah Dan Perguna Rakyat Untuk Kepentingan Peribadi


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mempersoalkan tindakan Wan Azizah dan PKR yang mengeluarkan manifesto baru sedangkan manifesto lama pakatan pembangkang dari PRU12 dan terkini, PRU 13 pun belum dilaksanakan dan ditunaikan lagi.

EXCOnya, Arman Azha Abu Hanafiah mengambil contoh pemberian  20 meter padu air percuma yang dijanjikan pada PRU12, bukannya air percuma malah air pun dah tidak ada di negeri Selangor.

"Hari ini mereka nak keluarkan manifesto dan sebagainya, bagi saya nasihat untuk Datin Seri Wan Azizah, tunaikan sahajalah janji-janji yang dibuat sebelum ini iaitu manifesto PRU 2008 hinggalah manifesto PRU2013, dari membangkitkan atau mengeluarkan janji-janji baru.

Ini kerana Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ini hanyalah satu PRK yang dibuat untuk kepentingan peribadi manusia yang bernama Anwar Ibrahim, jadi PRK ini hanya untuk melunaskan nafsu serakah politik dia untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Tetapi akhirnya, beliau didapati bersalah dan cita-cita peribadi beliau untuk menjadi Menteri Besar tidak dapat ditunaikan tetapi apa yang kita lihat, Anwar Ibrahim tidak mempercayai mana-mana ahli partinya dalam negeri Selangor malah meletakkan isteri beliau sebagai calon di DUN Kajang," ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda.

Ini membuktikan kronisme dalam parti pakatan pembangkang, adakah mereka (PKR) nak mengatakan bahawa tidak ada calon yang sesuai anak jati negeri Selangor, kenapa Wan Azizah sedangkan beliau bukan anak jadi Selangor.

"Jadi rakyat dan pengundi Kajang, pada 23 Mac ini pastikan teguhkan semangat, kita pilihkan seorang yang benar-benar mewakili suara rakyat, nadi dan hati rakyat di kawasan Kajang, tidak lain dan bukan, Datin Paduka Chew Mei Fun.


Jika Wan Azizah yang dipilih, sudah pasti beliau tidak dapat memberikan komitmen terhadap warga Kajang sebagaimana ketika beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Jadi, menjadi amanah dan tanggungjawab kita memastikan Datin Paduka Chew Mei Fun ditabalkan sebagai ADUN kawasan Kajang, 23 Mac ini," tambahnya lagi.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment