Jangan Percaya Manifesto Calon Kitar Semula


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Shahadan menegaskan bahawa beliau pernah membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau mengatakan bahawa manifesto yang bukan satu janji yang perlu dipatuhi apabila rakyat menuntut tunggakan air percuma RM300 juta daripada kerajaan PKR Selangor. Janji itu dibuat oleh Pakatan Rakyat ketika PRU12 sehingga menyebabkan rakyat di negeri ini memberi undi kepada mereka sekaligus berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional.

Malangnya, apabila menjadi pentadbir, mereka gagal mengotakan sebahagian besar manifesto itu, malah enggan bertanggungjawab apabila dituntut oleh rakyat. Bagi PKR, manifesto itu tidak lain daripada ‘gula-gula politik’ yang menjadi umpan untuk mengaburi mata rakyat.

"Ironisnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah telah mengumumkan manifesto 4 perkara yang kononnya mampu menyelesaikan masalah setempat di kawasan itu sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Sama ada sedar atau tidak, kawasan itu sudah hampir dua penggal diwakili oleh wakil rakyat PKR tetapi tiada apa yang dilakukan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat terutama berkaitan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas. Mengapa pada PRK baru dua perkara itu hendak diberi tumpuan," ujarnya ketika ditemui selepas program Pentas Politik Perdana di Taman Mesra sebentar tadi.
 
Apakah Menteri Besar juga tidak sensitif dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kajang sedangkan kawasan itu di bawah pentadbiran wakil rakyat PKR?

"Saya tidak yakin calon recycle yang dikemukakan oleh PKR ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana perjuangannya bukan untuk rakyat, sebaliknya untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah atas tuduhan meliwat dan dikenakan penjara 5 tahun.

Pilihan raya kecil DUN Kajang juga diadakan kerana sikap gelojoh Anwar yang mahu menguasai politik dengan menjadi Menteri Besar Selangor sedangkan kajian yang dibuat oleh Universiti Selangor (Unisel) seperti yang diumumkan mendapati 63 peratus responden di DUN Kajang mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui Selangor," tambahnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.

Fakta itu didedahkan Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis terhadap 393 responden daripada pelbagai latar belakang, sepanjang 12 hingga 16 Mac lalu.

Jadi politik apakah yang mahu dimainkan oleh Anwar sebenarnya yang sengaja mahu PRK diadakan sedangkan kos untuk melaksanakannya menelan belanja yang besar dan kemudian apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, telah meletakkan isterinya sendiri yang sebelum ini juga pernah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa alasan yang kukuh semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya itu bertanding.

"Jika rakyat masih ingat, alasan Wan Azizah ketika itu ialah ‘mahu berehat daripada politik untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga’. Justeru, apakah alasan konkrit untuk beliau bertanding kali ini jika tujuannya tidak lain dan tidak bukan kerana politik suaminya sendiri.

Tidak hairan Wan Azizah akan kembali meletak jawatan sekiranya menang untuk memberi laluan kepada Anwar apabila rayuan di Mahkamah Persekutuan memihak kepada suaminya. Demi suami, Wan Azizah sanggup melakukan apa sahaja.

Hakikatnya calon PKR adalah calon recycle dan MANIFESTO 4 Perkara yang diajukan pula adalah cerminan kepada KEGAGALAN KERAJAAN PR, WAKIL RAKYAT PR sebelum ini dan MENTERI BESAR SELANGOR dalam mentadbir urus negeri, majlis perbandaran, komuniti dan 'engagement' dengan golongan muda," ujarnya lagi.

Tambahnya, lebih memelikkan apabila Wan Azizah mengemukakan manifesto baru sedangkan Selangor dikuasai oleh PKR, parti yang dipimpinnya sendiri kerana lazimnya manifesto dikemukakan oleh parti pembangkang untuk menawarkan pentadbiran serta janji-janji yang lebih baik lagi.


"Jadi, apakah rakyat perlu percaya dengan janji daripada manifesto PR? Kesimpulannya, PKR selama ini hanya tahu mengkritik sahaja tetapi apabila menjadi kerajaan di Selangor, presiden parti terpaksa membuat manifesto sendiri sebagai modal kempen," ujarnya lagi.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment