Tuduhan Mahkamah Tidak Adil Sekadar Skrip Lapuk Anwar


Tindakan pembangkang terutama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan badan kehakiman negara disifatkan tidak lebih sekadar sebagai pengulangan semula skrip lapuk yang terus diputar apabila keputusan tidak berpihak kepada dirinya.

Menurut bekas Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam skrip ini hanyalah ulang tayang yang memualkan  sedangkan pada hakikat dan realitinya, apabila mereka menang banyak kes di mahkamah, tidak pula menuduh mahkamah tidak adil dan sebagainya.

“Bila Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama, dan dia dibebaskan dalam kes liwat kedua di peringkat Mahkamah Tinggi, beliau mengatakan bahawa beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.

“Tetapi apabila beliau disabitkan di mahkamah yang lebih tinggi, beliau mengatakan bahawa mahkamah tersebut dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional, itulah realiti sikap pembangkang di negara ini,” ujarnya

Tambah beliau jika diteliti proseding mahkamah di dalam kes liwat yang kedua, Anwar tidak boleh lari dari sabitan kes ini kerana yang pertamanya, dalam kes ini telah mendedahkan bahawa perbuatan liwat itu memang berlaku.

“Bukan hanya Christopher Leong mengatakan bahawa hukuman ke atas Anwar adalah tidak wajar kerana ianya berlaku secara suka sama suka, tetapi dalam prosiding mahkamah, Karpal Singh selaku Ketua Peguam Anwar sendiri, telah mengatakan bahawa perbuatan liwat itu berlaku, cuba ianya dilakukan secara suka sama suka, maknanya tidak ada paksaan.

“Karpal menggunakan kenyataan ini kerana beliau ketika itu yakin tidak ada peluang untuk Anwar menang ketika perbicaraan berlangsung di peringkat mahkamah tinggi.

“Ketika perbicaan di peringkat mahkamah tinggi, Karpal sendiri melihat tiga orang pakar forensik telah mengesahkan mereka telah menjumpai simen ataupun sperma di dalam rektum Saiful sedalam 4inci,” tambahnya.

Justeru tegasnya inilah permainan politik pemimpin pembangkang yang harus rakyat sedar dan menilai sendiri kewibawaan dan keikhlasan perjuangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam pakatan pemangkang.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment