Pemuda BN Pantang Berundur - Tetap Lawan Boneka Anwar Ibrahim

Gambar Hiasan: Ini KJlah masa Penamaan Calon PRK Kajang #Vote4ChewMeiFun

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin hari ini mengajak jentera Pemuda BN untuk mengempur habis-habisan kawasan Kajang khususnya menemui kira-kira 14 ribu pengundi muda menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini.

Tambahnya, kekuatan jentera Pemuda telah dibuktikan pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Bandar Baru Bangi, yang mana kekuatan dan gerak kerja Pemuda BN jauh lebih hebat berbanding jentera pakatan pembangkang

"Pilihan Raya Kecil Kajang ini, kita menampilkan satu pasukan baru iaitu Briged Kesatria Muda yang akan menjadi barisan hadapan Pemuda BN untuk mengempur DUN Kajang bermula hari ini sehingga ke hari pengundian, 23 Mac ini.

PRK Kajang ini merupakan satu medan perang, perang yang bukan dicipta oleh Barisan Nasional sebaliknya perang yang dicipta oleh PKR dan Anwar Ibrahim sendiri semata-mata untuk memenuhi nafsu peribadinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Perang ini dicipta Anwar Ibrahim dan PKR yang telah mengkhiati amanah rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang, 9 bulan yang lalu ketika Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu," ujarnya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Pemuda BN, sebentar tadi.

Tambahnya, Pemuda BN akan digerakkan untuk mencipta sejarah untuk mengajak rakyat dan pengundi DUN Kajang untuk menolak manusia rakus bernama Anwar Ibrahim yang sering menjadikan rakyat sebagai benteng dan alat untuk memenuhi kepentingan peribadinya.

"Manusia rakus ini nak sangat nak jadi Menteri Besar Selangor, sehingga memaksa sehingga terjadinya PRK di DUN Kajang ini. Tanggungjawab dan peranan Pemuda BN ialah menemui 14,000 pengundi muda, yakinkan mereka dengan dasar kerajaan BN selain mengajak mereka untuk dijadikan mangsa kepada kerasukan Anwar Ibrahim.

Jangan terperangkap dengan perancangan mereka, dengan meletak calon Wan Aziziah yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim, beliau hanyalah boneka kepada dalang sebenar kerosakan politik tanahair ini, Anwar Ibrahim

Ini medan perang yang mereka pilih, walaupun bagaimana sengit sekalipun persaingan yang akan ditempuh, Pemuda BN pantang beruntur, kita takkan benarkan Anwar Ibrahim khianati amanah yang diberikan rakyat," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    4:50 PM

    pemuda umno mau lawan potong telinga?. ada berani?. jgn melalak mcam anjing dan babi kurap.

    jika umno kalah, semua pumuda bn potong telinga. begitu juga sebaliknya.

    lawan tetap lawan. umno tetap kangkong

  2. Anon 4:50 ibarat anjing kurap kepanasan ..... menyalak lebih ....

Post a Comment