Pihak berkuasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan
piawaian penerbangan antarabangsa sebelum mengeluarkan perintah menjalankan
operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang
hilang 8 Mac lalu.
Sambil menafikan perintah SAR itu lambat dikeluarkan, Pemangku
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perintah
tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya.
"Sepanjang penerbangan pesawat MH370 dalam KLIFR, pesawat
dapat dilihat dalam radar KLATCC (Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre),
sehingga masuk 'flight information region' HCMATCC (Ho Chi Minh Air Traffic
Control Centre) Vietnam. Namun begitu, pada jam 1.21 pagi, pesawat telah hilang
daripada paparan radar. Pada 1.38 pagi, KLATCC terima panggilan dari HCMATCC.
"Selepas dimaklumkan HCMATCC yang mereka tidak menerima
sebarang komunikasi daripada MH370, penyelia KLATCC telah membuat penilaian situasi
semasa dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.
"Setelah semua cubaan dan usaha mengesan dan menjejaki
pesawat tersebut menemui jalan buntu, maka mengikut peraturan penerbangan
antarabangsa dan selaras dengan IAMSAR IKO Document 9771. 4444, SAR diaktifkan
pada jam 5.30 pagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul
menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat di sini malam ini.
Jawapan Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu menimbulkan
rasa tidak puas hati pembangkang yang bangun meminta penjelasan antaranya
Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (PAS), Mohamad Imran Abdul Hamid
(PKR-Lumut) dan R. Sivarasa (PKR-Subang).
Kekecohan itu berlanjutan kira-kira 10 minit, memaksa Hishammuddin
mengulangi beberapa kali sebab SOP tersebut perlu dipatuhi.
Menyambung penjelasannya, Hishammuddin berkata MAS mengeluarkan maklumat awal kehilangan
pesawat itu dan mengumumkan SAR pada 7.40 pagi.
Hishammuddin turut bersetuju dengan saranan Lim Kit Siang
(DAP-Gelang Patah) supaya diwujudkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk
mengkaji dan meneliti kes kehilangan pesawat itu.
11:08 AM
Mangkok ayun ni semua mana tahu. Pandai cakap je. Kenapa tak adakan search team selepas hilangnya dari radar? Kenapa lima jam baru nak mulakan pencarian.
Jawapan budak sekolah darjah satu pun pandai dari beruk2 ni, kapal terbang dianggap jatuh pada lebih kurang pukul 2 pagi, ya, 2 pagi. Terpaksa tunggu ada matahari untuk mencari.
11:08 AM
Mangkok ayun ni semua mana tahu. Pandai cakap je. Kenapa tak adakan search team selepas hilangnya dari radar? Kenapa lima jam baru nak mulakan pencarian.
Jawapan budak sekolah darjah satu pun pandai dari beruk2 ni, kapal terbang dianggap jatuh pada lebih kurang pukul 2 pagi, ya, 2 pagi. Terpaksa tunggu ada matahari untuk mencari.