Blog Helen Ang telah menyiarkan kenyataan
penuh Perdana Menteri Malaysia
kepada Parlimen bersabit Ops Lalang pada 28 Oktober 1987 yang mana penulis anggap sebagai
relevan dengan apa yang berlaku hari ini. Di sini, penulis memetik semula
sebahagian dari kenyataan tersebut, khas untuk renungan seluruh rakyat
Malaysia, amnya dan para pengundi di Kajang, khasnya:
“DAP sengaja mengejek parti Cina dalam
Barisan Nasional sebagai “running dogs” parti Umno.Dengan ini maka semakin
bertambahlah usaha parti Cina dan India dalam Barisan Nasional untuk
membuktikan bahawa mereka juga kuat dari segi perkauman bahkan lebih kuat lagi
daripada DAP dan pemimpin-pemimpinnya. Berbagai isu dijadikan asas ujian
tentang siapa lebih kuat perkaumannya.
Beberapa daripada isu-isu ini amat sensitif
termasuk soal tarian singa, soal koperasi, soal papan tanda dan iklan, soal
bahasa Cina, soal Bukit Cina, soal pakaian, soal ikrar murid di sekolah, soal
matapelajaran elektif di Universiti Malaya, KBSR, soal pribumi Bumiputera dan
akhir-ahkir ini soal guru sekolah Cina.”
Sedar atau tidak, semua yang berlaku pada 1987 tersebut sedang
berlaku pada hari ini sekali gus, membuktikan bahawa walaupun selepas tragedi
berdarah 1969 dan sehinggalah ke hari ini, DAP tidak pernah menukar objektifnya
mahupun strateginya,.
Isu bahasa Cina, guru sekolah Cina, matapelajaran di Universiti
dan di sekolah, isu bumiputera terus menjadi masalah buat DAP.
Mana-mana pihak dari kaum Cina yang berpegang kepada kontrak sosial dan
menerima hakikat keperluan berasimilasi dengan bangsa Melayu akan dicemuh
sebagai ‘anjing UMNO’ oleh DAP.
DAP menolak perpaduan melalui kontrak sosial dan ingin pastikan
agar kaum Cina tidak berasimilasi, apatah lagi duduk di bawah pemerintahan
Melayu. DAP inginkan agar negara ini diperintah oleh Cina serta ditukar
acuannya seratus peratus.
Untuk itu, DAP menggunakan sekolah vernakular serta akhbar-akhbar
berbahasa Cina untuk memburukkan UMNO dan kerajaan. UMNO digambarkan sebagai
korup, bodoh dan rasis serta menindas orang-orang Cina.
Kita hairan kenapa masyarakat Cina begitu mudah terpengaruh dengan
DAP. Bukan mereka tidak tahu bahawa jika korup yang menjadi isu, maka DAP
adalah jauh lebih korup lagi. DAP sanggup memanipulasi pemilihan parti
sendiri. Malah, Teoh Beng Hock ‘terpaksa’ mati bagi menutup salah laku
pemimpin DAP.
Jika benar UMNO sebodoh yang didakwa DAP, maka tidak mungkin
Malaysia mampu berdiri teguh sepertimana hari ini. Segala pencapaian
Malaysia, sehingga pernah digelar Harimau Asia adalah di atas kebijaksanaan
pemimpin UMNO.
DAP berhujah pula bahawa kemajuan Malaysia hanya dicapai kerana
kaum Cina bijak berniaga dan menjana ekonomi negara. Hujah DAP ini sekali
gus membuktikan bahawa UMNO tidak pernah menganaktirikan kaum Cina dan mereka
diberi peluang sehingga mampu menjadi mendominasi ekonomi.
Hakikatnya, kaum Cina berjaya di Malaysia kerana UMNO memerintah
dengan adil dan kerana orang-orang Melayu yang mewakili pengguna terbesar,
tidak pernah bersikap rasis.
Semua ini adalah fakta jelas, tetapi malangnya kaum Cina tidak
mampu mencernanya kerana pemikiran mereka telah dihasut oleh DAP selain
bersifat rasis tegar semulajadi.
Setelah menikam UMNO di belakang pada PRU-13 yang lalu, kaum Cina
kekal dengan sikap degil dan enggan mengakui hakikat ini. Mereka
masih bercita-cita ingin melihat negara ini dikuasai oleh kaum Cina kerana
percaya yang mereka mampu menjadi lebih kaya jika Cina yang menjadi
pemerintahnya.
Pepatah ada berkata bahawa ‘orang tamak selalu rugi’ dan
percayalah bahawa ketamakan orang-orang Cina itu bakal membawa kerugian kepada
diri mereka dan juga seluruh negara. Bijakpandai juga mengatakan
bahawa ‘orang yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum mengulangi sejarah
itu berkali-kali’.
DAP menolak sejarah mengenai komunis dan 13 Mei yang mana
kedua-duanya didalangi oleh kaum Cina. DAP menanam kepercayaan di
kalangan masyarakat Cina bahawa sejarah itu telah dimanipulasi oleh UMNO.
DAP berbohong kerana ingin memperlihatkan orang Cina sebagai hero dan
sebagai pihak yang baik.
Apa yang menyedihkan ialah orang-orang Cina menerima pembohongan
DAP bulat-bulat tanpa berfikir langsung. Mereka percaya UMNO itu jahat
dan Melayu itu bodoh. Mereka percaya yang DAP akan mampu memerintah
dengan lebih baik. Atas semangat rasis semulajadi, orang-orang Cina
melihat penindasan DAP terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang sebagai
wajar.
Orang-orang Cina tahu bahawa satu-satunya cara untuk memenangkan
DAP adalah dengan turut memberi sokongan kepada PKR dan PAS setiap kali
pilihanraya.
Walau apapun berlaku, sebagai pihak yang lebih matang, lebih
rasional dan lebih bijak, orang-orang Melayu tetap memberi peluang dan
mengharapkan orang-orang Cina berubah dan mampu berfikir. Kita
mengharapkan agar orang Cina tidak mudah diperdaya oleh DAP sehingga menjadi
buta akibat terbawa-bawa dengan emosi benci, angkuh dan tamak.
Dan Pilihanraya Kecil Kajang sepatutnya menjadi platform terbaik
untuk menguji orang-orang Cina. Namun, walau apapun keputusan PRK ini,
kita tidak harus terlalu cepat percaya dengan apa yang dipertontonkan
masyarakat Cina.
Kini, persoalan di Kajang ialah: apakah masyarakat Cina sanggup
memilih seorang boneka sebagai ADUN hanya kerana beliau mewakili PKR?
Atau apakah mereka bakal memilih calon BN hanya kerana beliau seorang
Cina?
Sekiranya orang-orang Cina memenangkan BN di Kajang, maka
persoalan seterusnya ialah: Apakah ia satu lagi permainan politik mereka
untuk meningkatkan tuntutan dan desakan ke atas kerajaan dalam menghadapi
PRU-14?
0 Komen