Proses Pengundian Lancar - Ada Harapan Kemenangan Berpihak BN

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yakin proses pengundian yang berjalan lancar hari ini diharap dapat mengeluarkan lebih ramai pengundi untuk keluar mengundi bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

"Saya lihat ada petanda baik untuk Barisan Nasional dan Datin Chew Mei Fun untuk menang namun para petugas dan jentera BN harus terus bekerja keras untuk mencari lebih ramai pengundi yang belum keluar sebelum penamat proses pengundian, jam 5 petang nanti.

Alhamdulillah, setakat ini tidak ada kejadian yang tidak diingini walaupun ada unsur-unsur provokasi melampau pihak lawan yang sengaja dicetuskan untuk menimbulkan kekacauan dan pergaduhan antara penyokong dan jentera parti," ujarnya selepas melawat ke Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan tengahhari tadi.

Tambahnya, janganlah ada kekacauan, biarlah pengundi keluar untuk mengundi dengan aman kerana yakin, mereka sudah ada pilihan mereka sebelum keluar mengundi.



"Nasihat kepada jentera BN, jangan layan provokasi melampau pihak lawan, jangan ikut rentak mereka, kerana kita mengamalkan proses demokrasi yang menjamin keadilan untuk semua dan penghargaan kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keamanan, demi memastikan proses pengundian hari ini berjalan lancar," tambahnya.



Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment