Tubuh Badan Khas Bantu Rakyat Jika BN Menang - Muhyiddin


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menegaskan Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan satu badan khas bagi membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menang dalam Pilihan Raya Kecil PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.  

Tambahnya, badan khas di bawah Kerajaan Persekutuan itu akan berperanan mengkaji keperluan rakyat Kajang jika calonnya, Datin Paduka Chew Mei Fun dipilih menjadi wakil rakyat.

"Jika kita menang di Kajang, saya minta Datuk Seri Liow Tiong Lai tengok untuk tubuhkan satu badan, tangani masalah dan bantu jalankan tugas

Justeru pengundi DUN Kajang dinasihat supaya memilih seorang wakil rakyat yang boleh memberi perkhidmatan dan komitmen yang tinggi kepada rakyat," ujarnya ketika berucap pada Pentas Politik Perdana di Taman Mesra di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, wakil rakyat yang baik ialah pemimpin yang mudah didekati serta mampu menyelesaikan masalah rakyat setiap kali diperlukan.

Pengundi tak perlu rasa serba salah nak buat pilihan antara dua calon yang ada. Saya kira rakyat lebih senang nak jumpa Chew kalau beliau menang. Beliau tak ada banyak masalah keluarga, komitmen sepenuhnya boleh diberikan kepada rakyat Kajang.

"Saya tak fikir calon lawan boleh bagi komitmen yang tinggi seperti Chew nanti. Pengalaman Chew dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga merupakan satu bonus kepada khususnya untuk menangani masalah penduduk di Kajang.

"Chew sudah cukup bersedia untuk pikul tanggungjawab bantu rakyat Kajang," ujarnya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment