Krisis Air Selangor: Mana Hilangnya Slogan Pembelaan Untuk Rakyat?


Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin pelik dengan sikap penyokong-penyokong pakatan pembangkang di Selangor yang nampaknya mendiamkan diri dalam soal krisis aia dan catuan yang telah berlangsung selama dua bulan ini termasuk tidak membuat demostrasi yang biasa mereka buat jika ada sesuatu isu yang timbul khususnya yang melibatkan kerajaan BN.

Ujarnya, air ini hak rakyat, tetapi sejak Februari lalu, akibat keegoan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenepikan pandangan golongan berkenaan menyebabkan rakyat terpaksa menerima kesannya sejak dua bulan lepas.

“Saya lihat, dalam soal krisis dan catuan air ini, penyokong-penyokong pakatan ini hanya mementingkan soal perut dan poket mereka sendiri sahaja, mungkin kerana selama ini, jika ada mana-mana demostrasi mereka akan dibayar untuk menyertai demo tersebut, bukannya kerana perjuangan demi kepentingan rakyat sekalipun.

Atau mungkin juga mereka telah diarahkan untuk menutup mulut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana krisis catuan air di negeri Selangor ini kerana kesalahan Khalid Ibrahim sendiri yang tidak mengendahkan pandangan pakar air yang menjangkakan krisis air akan berlaku di Selangor pada tahun 2014 (tahun ini),” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Tambahnya, sebelum ini, golongan profesional berkaitan industri air telah menjangkakan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan hadapi krisis air tahun ini tetapi diketepikan kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan krisis ini hanya akan berlaku pada 2019.

“Krisis ini jelas mencabar kreabiliti Khalid Ibrahim, jadi tindakan menutup mulut penyokong pakatan di Selangor adalah lebih baik. Saya tak pasti berapa banyak duit yang `ditaburkan’ untuk menutup mulut penyokong pakatan di Selangor dari membuat apa-apa tindakan yang akan memburukkan lagi suasana politik di Selangor, khususnya menjelang pemilihan parti PKR yang sedang berlangsung sekarang.


Kembalikan hak air rakyat Selangor, kerajaan negeri khususnya Khalid Ibrahim perlu membawa rakyat Selangor keluar dari malapetaka lantaran keegoan dan kesombongan MB sediiri. Jangan tindas rakyat demi kepentingan politik peribadi dan buat pejuang-pejuang pakatan yang selama ini dengan slogan perjuangan rakyat, isu air ini juga merupakan hak rakyat, jadi jangan double standard dalam perjuangan mereka,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:50 PM

    Restore the water supply assholes

Post a Comment