Azmin Ali Lebih Utamakan Politik Berbanding Kepentingan Rakyat

Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan sikap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang lebih mengutamakan politik dalam isu air daripada kepentingan rakyat.
11041817_959384360747157_3003579928512907411_nPengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan Mohamed Azmin itu bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah merugikan negeri itu sendiri.
Beliau berkata, bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air.
“Masalah ini dihadapi oleh bukan sahaja penduduk di Selangor, bahkan di Lembah Klang yang saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya,” katanya.
Beliau berkata, Mohamed Azmin dilihat terlalu mengikut telunjuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak dari mula tida bersetuju dengan penjanjian penstrukturan air di negeri itu.
“Antara sebab Tan Sri Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya oleh Anwar ialah kerana menandatangani perjanjian itu dengan kerajaan persekutuan.
“Ternyata alam hal ini Abdul Khalid berpandangan jauh sedangkan Azmin mengambil jalan singkat membatalkan banyak projek yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya.
Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Nazir Hussin yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia berkata, Mohamed Azmin perlu menimbangkan keputusan beliau itu supaya rakyat tidak terkesan dengan masalah air pada masa masa hadapan.
“Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana pada ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi,” katanya.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment