Penubuhan JKNMPP Bukti Ketelusan PM - Idris Haron


GEORGE TOWN, 15 Ogos  -- Penubuhan jawatankuasa khas mengenai pembiayaan politik membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dalam menangani isu berhubung pembiayaan politik. 

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Haron berkata langkah presiden UMNO itu membolehkan rakyat mengetahui jumlah pembiayaan yang diperoleh parti-parti politik di negara ini. 

"Ia adalah langkah yang baik dan setakat ini hanya Datuk Seri Najib yang menunjukkan ketelusan dengan apa yang kita terima bagi pihak rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini. 

Semalam, Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bertanggungjawab merangka pelan pembiayaan politik berintergriti yang komprehensif dan inklusif. 

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sekiranya parti-parti pembangkang profesional dan benar-benar mengamalkan ketelusan, mereka perlu menyokong langkah itu. 

Terdahulu, berucap merasmikan persidangan itu, Idris berkata anggota UMNOperlu sekata dalam semangat kerja berpasukan dalam menghadapi serangan media sosial yang mendakwa parti itu kini menghadapi krisis kepimpinan paling buruk dalam sejarah.

Beliau berkata apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah pertembungan antara persepsi dan realiti, bukannya krisis kepimpinan seperti yang digembar gembur media sosial. 

"Semua pemimpin UMNO terdahulu berhadapan dengan krisis kepimpinan dan sebagai ahli UMNO, sekaranglah masanya presiden perlukan sokongan kita," katanya. 

Idris berkata realitinya UMNO kini berada di landasan yang betul dan masih relevan dalam memperjuang dan mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment