Briged Kesatria Muda Lapor Polis Tindakan Pijak Gambar Najib Razak & Hadi Awang


PergerakanPemuda UMNO hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penganjur perhimpunan haram 29 dan 30 Ogos lalu kerana mengganggu ketenteraman.

EXCOnya, Armand Azha Abu Hanifah berkata tindakan peserta perhimpunan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik serta merosakkan perpaduan dalam negara yang akan mendatangkan kegusaran selain menyebabkan ketegangan kaum.

"Pemuda mahu tindakan tegas terhadap mereka ini sudah menanamkan politik kebencian kepada rakyat.

"Mereka pijak gambar Perdana Menteri dan Datuk Seri Abdul Hadi, selepas ini mungkin gambar pemimpin lain yang perjuangkan agama bangsa dan tanah air yang mereka pijak," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO berkata, Pemuda UMNO turut membuat satu lagi laporan ke atas Alvin Tan kerana memuat naik status mahu merogol anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi komen mengenai perhimpunan itu di dalam Facebook.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment