Lebih Baik Dedahkan Kelemahan DEIG Dari Sibuk Suruh Orang Letak Jawatan


Terbaiklah saranan yang ditimbulkan oleh TPM, Zahid Hamidi hari ini yang mahu pemimpin UMNO khususnya di Selangor untuk terus mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) 

Saranan tu lebih baik dari tindakan sesetingah pihak di Selangor yang sibuk sangat dengan usul untuk mendesak UMNO pecat atau minta Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan.

Kita akui penubuhan DEIG menimbulkan keraguan pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
Nie dah ler dua penggal negeri kalah kepada pembangkang, sepatutnya si dia nie sibukkan diri untuk membantu rakyat di kawasan dia termasuk bantu UMNO Selangor memenangi semula hati rakyat Selangor ….


nie tidak, sibuk sangat nak suruh Muhyiddin Yassin letak jawatan, desak Khaled Nordin letak jawatan …. sibuk sangat kat negeri orang sedangkan kat negeri sendiri tengah berkecamuk dengan masalah nak rampas semula Selangor dari tangan pembangkang ………
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment