Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Pagi Ini


Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara bergerak lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar. 

"Trafik dilaporkan lancar di sepanjang lebuhraya PLUS, ELITE, LINKEDUA, BKE, SPDH & Jambatan Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, PLUS menjangkakan akan berlaku peningkatan trafik pada 11 pagi nanti berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar.

"Dalam keadaan yang sama juga, trafik masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah termasuk sekitar Slim River menuju ke Behrang," katanya.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment