Tinggalkan Dulu Demam Euro2016, Jom Kembali Ke Liga Tempatan.



Okey kawan-kawan semua, jom kita tinggalkan dulu demam Euro2016, kita kembali ke liga tempatan kita yang akan memulakan semula kempennya tidak lama lagi.

Jom kita penuhkan stadium dalam memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Tanpa kita, siapalah mereka.

Saya seperti biasa, akan menyokong pasukan JDT dan sebagai bekas pemain Melaka ketika zaman sekolah-sekolah dulu, maka saya juga akan menyokong pasukan Melaka United. Steady MU !!! 


Ingat lagi kat Coach Ramli Junid yang telah seliuhkan tangan kanan saya 5 hari sebelum bertolak ke KL bagi kejohanan MSSM/MSN/MILO bawah 14 tahun …. (ada lagi ke kejohanan MSSM/Milo nie? ….)

Berbalik kepada bolasepak tempatan, saya ingin kongsikan satu lagi Projek Baru JDT di bawah pengurusan TMJ iaitu Pendidikan Melalui Bolasepak.


PENDIDIKAN MELALUI BOLASEPAK

Sama ada anda suka atau tidak, tiada siapa yang boleh menafikan hakikat bahawa JDT adalah kelab yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dari segi pencapaian dan kejayaan kelab secara keseluruhan. 

Ditambah dengan perkembangan kemajuan terbaru kelab iaitu menghantar pemain-pemain serta pengurusan ke Eropah dan Jepun tanpa melibatkan sebarang kos selain hanya membayar tiket penerbangan. 

Kerajaan Jepun telahpun menyediakan peruntukan melalui kementerian sukan mereka untuk menampung perbelanjaan para pemain JDT dan pihak pengurusan untuk datang dan belajar segala-galanya mengenai projek bolasepak di sana. 

Kami juga berpeluang menghantar mereka ke Sepanyol, Jerman, dan juga Perancis. Saya bersyukur mengenali semua individu-individu yang hebat daripada negara-negara tersebut dan berpeluang menjalin hubungan dengan kelab masing-masing.

Hari ini, saya ingin mengumumkan secara rasmi kepada peminat JDT di seluruh dunia bahawa saya akan melancarkan satu projek baru yang bertajuk 'Pendidikan melalui bolasepak', yang akan dilaksanakan dari akademi kami di seluruh Johor dan Malaysia. 

Tujuan projek ini adalah untuk memberi pendidikan kepada para belia melalui bolasepak dengan slogan 'pencapaian akademik didahulukan sebelum bolasepak'. Tujuan projek ini adalah untuk menjadikan mereka individu yang lebih baik dalam kehidupan sebagai pemain bolasepak ataupun dalam apa jua bidang profesion yang lain. 

JDT mengambil inisiatif sedemikian agar kami boleh mempersiapkan para belia kita dengan pendidikan yang terbaik dalam negara atau di luar negara. Pengetahuan tidak mempunyai sempadan dan pendedahan merupakan pengalaman yang terbaik. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Dato' Khaled Nordin dan juga Kerajaan Johor kerana memandang serius mengenai pendidikan dan turut memberi khidmat terbaik kepada rakyat Johor.

HRH Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor

(Sumber FB Johor Southern Tiger)
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment