ASEAN UNITY RUN & RIDE 2016


Aman Malaysia kembali dengan Asean Unity Run & Ride 2016 tahun ini pada Ahad 6 Nov 2016 yang akan diadakan di Putrajaya Wilayah Persekutuan .

Ini merupakan siri ke-2 setelah kejayaan pada tahun lepas sempena sambutan bulan Asean pada 9 Ogos 2015 di Kuala Lumpur , yang telah di lancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan di sertai oleh Menteri Belia & Sukan , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , duta2 negara Asean dan lebih daripada 10,000 peserta dari lebih daripada 20 negara .

Tambahan kepada acara tradisi larian 5K dan 10K , diatas permintaan ramai , sukan berbasikal yang semakin popular di kalangan belia dan professional muda akan di adakan pada tahun ini.

Para pesikal akan dapat berbasikal sejauh 35-KM sambil menikmati permandangan yang indah dan udara segar sekitar Putrajaya di pagi ahad .

Kategori popular kami terutamanya dari ibu-bapa dan anak-anak kecil dan bayi - 'Stroller-Run' masih di teruskan.

Sekali lagi pada tahun ini , Aman Malaysia akan berkerjasama dengan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Sedunia - UNICEF .

Pada tahun ini kami akan menfokuskan dan berkempen untuk meningkatkan kesedaran rakyat malaysia terutamanya ibu-bapa mengenai pentingnya Vaksin bagi bayi dan kanak-kanak.

UNICEF merupakan pertubuhan bukan kerajaan berskala global yang terbesar dalam siri kempen kesedaran dan pemberian immunisasi kepada kanak-kanak seluruh dunia terutamanya di negara dunia ke-tiga .

Sebagai penjaga , bukan hanya menjadi satu tanggung jawab , malah mereka terhutang kepada bayi mereka untuk memastikan pengambilan vaksin demi menjamin dan meningkatkan daya ketahanan diri anak-anak mereka dari di jangkiti penyakit-penyakit berjangkit yang boleh di cegah ( preventable disease ) seperti Polio , Campak , Tetanus , Difteria , Tibi , Pneumonia , Hepatitis-B dan lain-lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) menganggarkan hampir 3 Juta kanak-kanak di seluruh dunia boleh di selamatkan dengan immunisasi setiap tahun.

Bersama UNICEF Malaysia , Aman Malaysia akan menerajui beberapa siri kempen dan penerangan pada bulan September & Oktober , dengan kerjasama Kementerian di Jabatan Perdana Menteri , Kementerian Kesihatan Malaysia  dan Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga & Masyarakat bagi sessi penjelasan dan soal-jawab mengenai Vaksin bersama pakar kesihatan dan agama .

Kempen Kesukarelaan ( volunteer drive ) bagi yang berminat untuk menjadi Sukarelawaan #AmanVolunteer akan dilancarkan pada awal Ogos 2016. Seperti tahun lepas - Kami memerlukan 300 para sukarelawan bagi acara ini.

Sama-sama sertai YB Khairy Jamaluddin , personaliti-personaliti dan selebriti-selebriti Asean dan tempatan pada hari Ahad 6 November 2016 di Putrajaya dalam acara Asean Unity Run & Ride 2016 dan banyak lagi acara-acara sampingan .

Sama-sama kita bersatu hati demi masa depan anak-anak kita.

Terima kasih atas sokongan anda.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran , sila layari laman sesawang Aman Malaysia di www.amanmalaysia.org

Daftar Sekarang !

#AURR16
#FitMalaysia
#Unite4Children
#VaccinesWork

Aman Malaysia
Mohamed Hazali Abu Hassan
Presiden
14 Julai 2016
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment