Dua Lagi Pemain JDT Tinggalkan Skuad Kebangsaan


Dua lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil keputusan untuk bersara daripada mewakili pasukan bola sepak kebangsaan atau Harimau Malaysia, hari ini.
Mereka adalah S. Kunalan dan Amirulhadi Zainal yang membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Berikut kenyataan penuh Kunanlan dan Amirulhadi seperti disiarkan akaun rasmi kelab bola sepak terbabit;
“Saya dengan ini memutuskan untuk bersara mewakili skuad negara dan penampilan bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Fiji baru-baru ini adalah penampilan terakhir saya untuk aksi perlawanan antarabangsa. Saya cukup berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan sejak mewakili pasukan Bawah 23 tahun dan sehingga kini. Terima kasih diucapkan atas segala sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini dan juga tunjuk ajar yang diberikan. Saya amat menghargainya.” – S Kunalan
“Assalamualaikum.. Terima kasih kepada penyokong dan semua yang terlibat atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. Cukup sampai disini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan. Keputusan ini membolehkan saya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan.” – Amirulhadi Zainal
Selasa lalu, kapten pasukan kebangsaan Syafiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak mengambil keputusan meninggalkan pasukan Harimau Malaysia dengan alasan ingin memberi laluan kepada muka baharu.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment