#KLSupercarDragRace - Medan Belia Serlah Bakat : Nazir


PROGRAM KL Supercar Drag Race yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Merdeka bermula Jumaat ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. 

Pengerusi program, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata pihaknya menjangkakan 10,000 pengunjung bakal hadir bagi menyaksikan pertandingan itu.

Katanya lagi, program tersebut bakal dijadikan acara tahunan dan lokasi yang dipilih bukan sahaja mampu menarik minat pemilik-pemilik supercar, malah pelancong dari dalam dan luar negara.

"Program ini akan memberi peluang kepada masyarakat melihat lebih dekat perlumbaan 'drag' ini kerana untuk melihatnya secara 'live' adalah sukar lebih-lebih lagi ia akan dibuat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, sesuatu yang patut tidak dilepaskan orang ramai.

“Kami juga bercadang menjadikan program ini program tahunan agar ia dapat menimbulkan minat di kalangan peminat tempatan untuk menyertai sukan permotoran,” katanya.

Tambah Nazir Hussin, pihaknya menyasarkan 1,600 penyertaan untuk empat siri tersebut dan akan menjadikan program ini antara perjumpaan terbesar pemilik supercar.

"Program ini bakal melibatkan empat siri  dengan yang pertama bermula pada 15 hingga 17 Julai, siri kedua 16 hingga 18 September, siri ketiga 4 hingga 6 November dan siri keempat 2 hingga 4 Disember," katanya.

Jangan lepaskan peluang

Nazir Hussin yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan dan Exco Pemuda Umno mempelawa pemilik supercar atau individu berminat menyertai perlumbaan tersebut.

Katanya, mereka yang berminat boleh mendaftar penyertaan secara online dengan melayari laman web www.klsupercardragrace.com atau melayari laman facebook KLSupercarDragRace untuk mengetahui maklumat lanjut.

"Atau mereka juga boleh mendaftar pada hari pertandingan. Apa yang menariknya, peserta yang tidak berpuas hati dengan catatan masa mereka boleh mengulangi perlumbaan tersebut sehingga mendapat masa terbaik dalam kategori yang disertai.

"Selepas itu, peserta akan layak ke peringkat seterusnya pada hari Ahad untuk saringan dan pemenang.

"Apa yang menariknya di bandar Kuala Lumpur ini, semua orang teringin mahu berlumba tapi tidak medapat peluang berbuat demikian.

"Jadi inilah masanya untuk 'lepas gian' dan tunjuk bakat dalam sukan permotoran.

"Kita beri ruang dan peluang kepada pemilik dan kelab-kelab supercar untuk sertai program ini," katanya.
Turut diadakan kata Nazir Hussin ialah Mat Moto Gathring-SBS Drag Battle.

Program berkenaan turut diadakan dalam empat siri iaitu pada 23 Julai, 20 Oktober, 26 November dan 31 Disember ini.

"Program ini pula memberi peluang kepada pemilik motosikal dari golongan sederhana dan ke bawah untuk pamer jentera mereka dan bertanding," katanya. -Sinar

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment