Pelajar Johor Di Mesir, Jordan Tajaan MAINJ Bebas Aktiviti Daesh



Lebih seribu pelajar negeri ini yang kini melanjutkan pelajaran di Mesir dan Jordan didapati bebas daripada sebarang pengaruh dan aktiviti kumpulan militan Daesh.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata kegiatan pelajar di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu, sentiasa dalam pantauan dua pegawai khasnya di sana.

Beliau berkata sekiranya ada pelajar yang didapati terlibat, tindakan perundangan akan diambil dan tajaan mereka akan ditamatkan.

"Setakat ini, tidak ada pelajar kita dalam tajaan negeri Johor, terlibat dengan IS (Islamic 
State atau Daesh) (sama ada) di Al-Azhar, Mesir atau di Jordan.

"Kalau ikutkan, lebih 1,000 pelajar kita di sana. Nasihat saya, fokus pada pendidikan (dan) jangan hampakan amanah (pada) diri sendiri, amanah kepada Allah dan Rasul, amanah keluarga dan amanah bangsa Johor," kata Mutalip kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis amanat dan penyampaian sumbangan kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan 2016/2017 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri di sini.

Turut hadir, Penasihat MAINJ Datuk Noh Gadut, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Md 
Rofiki Shamsudin dan Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Untuk sesi 2016/2017, seramai 70 pelajar diberi bantuan menerusi kutipan zakat dengan membiayai tiket penerbangan bernilai RM278,600 serta wang sagu hati RM1,000 seorang.

Kesemua mereka yang bakal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai ini, bakal mengikuti pengajian Islam dalam bidang Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Ulum Islamiah.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment