Selesai Pun Isu Kolej Unifield Nie …. Kesimpulannya Jangan Jadi ‘Hero’ Last Minute

Terbaik rakan blogger saudara yang dikenali Double Y yang komited memperjuangkan isu yang melanda para pelajar Kolej Unifield baru-baru ini.

Akhirnya, selesai gak masalah nie …. Jadi aku kongsikan bingkisan atau coretan sdr Double Y dalam FB yer sebagai kesimpulan apa yang terjadi dalam isu Kolej Unifield nie.




KONKLUSI : ISU KOLEJ UNIFIELD & A' FAMOSA RESORT.

Oleh: Double Y

1. Susulan isu perpindahan kolej UIC yang telah mendapat pembelaan sewajarnya di mana ia diselesaikan dengan bantuan Exco Pelajaran, Penggajian Tinggi Melaka, Datuk Wira Yunus Husin.

2. Ramai rakan-rakan yang mengikuti sejak awal isu tersebut diketengahkan termasuk rakan dari GPMS Putrajaya bertanyakan beberapa soalan kepada aku.

3. Mungkin kerana aku tidak kemas kini kesudahan isu kolej UIC selepas mesyuarat pada 4 Julai tempoh hari. Jadi, di sini aku rumuskan konklusi berikut ;
KENA TAHU GUNA KUASA, JANGAN SALAH GUNA KUASA.

4. Campur tangan Exco Pelajaran, Penggajian Tinggi Melaka, YB Datuk Wira Yunus dalam isu kolej UIC dan A' Famosa untuk menyelesaikan masalah berhasil apabila persetujuan dicapai selepas satu setengah jam bermesyuarat.

5. Sebelum heboh di media sosial, A' Famosa Resort berasa kebal serta beranggapan kolej UIC tidak mampu berbuat apa-apa terhadap tindakan mereka - bagi kapitalis mereka anggap semua pihak boleh dijual beli dengan wang.

6. Malah pihak 'mainstream media' turut diminta tidak menyiarkan penganiayaan yang dilakukan oleh A' Famosa ke atas ibu bapa, pelajar dan kakitangan UIC.

7. Tetapi tindakan 'jahat' pihak A' Famosa Resort musnah selepas Exco Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Yunus Husin campur tangan.

8. Di sini jelas menunjukkan bahawa kuasa yang pada pemimpin kita dan kerajaan negeri boleh membuatkan semua pihak akur.

9. Bahasa mudahnya, tiada masalah yang tidak mampu diselesaikan dengan bantuan pemimpin yang memegang kuasa.

10. Dalam isu kolej UIC dengan A' Famosa Resort, langkah Exco Kerajaan, Datuk Wira Yunus Husin memanggil mesyuarat melibatkan semua pihak harus dipuji.

11. Selain bersikap adil, beliau dilihat tegas apabila memberi kata dua kepada A' Famosa Resort supaya bersetuju dengan notis dan cadangan pihak kolej UIC - antara kata-kata beliau ;

"You (A'Famosa) rugi sikit, dia (kolej UIC) pun rugi sikit, yang penting semua isu dan masalah mesti diselesaikan hari ini!".

KOLEJ UIC TIDAK MELANGGAR PERJANJIAN, A' FAMOSA RESORT AKUR & GAGAL MENJAWAB TUDUHAN.

12. Ketika mesyuarat pada 4 Julai, A' Famosa Resort bersetuju dengan semua syarat kolej UIC sebagaimana dinyatakan di dalam notis perpindahan sebelum ini kerana perjanjian sewa telah tamat.

13. Ini jelas membuktikan pihak kolej UIC tidak melanggar perjanjian sewa seperti dakwaan pihak A' Famosa Resort dalam sidang media sebelumnya.

14. Malah semua minit keputusan mesyuarat yang dibuat pada 4 Julai, telah ditandatangani oleh kolej UIC dan A'Famosa pada keesokkan harinya iaitu 5 Julai sebagai tanda persetujuan.

15. Walaupun isu antara pihak kolej UIC dengan A' Famosa Resort telah selesai, A' Famosa Resort gagal menjawab tuduhan yang timbul antaranya ;

A) isu penganiayaan A' Famosa ke atas ibu bapa, pelajar dan kakitangan kolej UIC ekoran telah memberhentikan operasi lif secara sengaja.
B) isu penganiayaan A' Famosa ke atas pelajar kerana telah memaksa pelajar tandatangan surat kononnya mereka tidak mahu berpindah ke lokasi baru dan memburukkan nama baik pihak kolej.
16. Kesimpulannya, masalah di antara kolej UIC dan A' Famosa Resort selesai apabila pemimpin campur tangan melalui kuasa yang ada pada mereka.

17. Jadi, gunakan kuasa dengan betul sebelum kita kehilangan kuasa dan jangan disalah guna kuasa yang rakyat berikan.
#‎AFamosaResortZalim

Sekian, terima kasih.



Kesimpulannya, jangan nak jadi hero last minute …. Fahami perjuangan yang diketengahkan oleh rakan blogger/media sosial yang korang pandang lekeh nie …

Kami ada perjuangan sendiri, bukannya yang disogok untuk mempertahankan sesuatu atau organinasi ….. dalam soal kolej UIC vs AFamosa nie  ….. apa yang kami perjuangan nasib pelajar yang terpaksa panjat tangga setinggi 23 tingkat …. Tu jer, bukannya kami dibayar untuk mempertahankan tindakan Kolej nie untuk tinggalkan A’Famosa tu.

Apapun, Alhamdulillah, semuanya dah selesai …


Pesanan untuk Double Y, jom kita mengopi ….  
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment