Isu kandungan Beras :Manipulasi Terancang Pihak Tertentu


Masih belum selesai. Itu rumusan pemain industri beras negara yang jelas kecewa dengan maklum balas kementerian selepas satu laporan polis dibuat ke atas apa yang didakwa sebagai penipuan.

Sebaliknya, jawapan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seolah-olah tidak menjawab isu sebenar sebaliknya mencari salah orang lain.

Bekas Presiden Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Ismail Awang berkata, kenyataan Ahmad Shabery dan timbalannya Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman bahawa mereka dimaklumkan BERNAS tiada sebarang penipuan adalah tidak tepat.

Katanya, hakikatnya adalah di pasaran ketika ini tidak ada beras Super Tempatan 5 peratus hancur, sebaliknya 15 peratus dan ia jelas satu manipulasi terancang pihak tertentu.

"Apa yang BERNAS maklumkan kepada menteri berhubung kualiti beras adalah tidak tepat kerana di dalam pasaran memang tidak ada beras 5 peratus kecuali beras import

"Saya difahamkan, BERNAS sendiri pun tak keluarkan beras 5 peratus. Sepatutnya MOA perlu kaji dakwaan yang didedahkan pihak blogger mengenai kualiti beras yang dijual kepada pemborong sebelum sampai kepada pengguna," katanya.

Pada 15 Julai lalu, Ismail mendedahkan di media sosial bahawa wujud penipuan oleh BERNAS menyebabkan pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan bekalan beras 5 peratus iaitu pada kadar RM26 setiap 10 kilogram sedangkan mereka mendapat beras 15 peratus hancur yang sepatutnya dibeli pada harga hanya RM18 setiap beg 10 kilogram.

Ia turut mendapat reaksi daripada Gabungan Persatuan - Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang meminta kerajaan mengkaji semula perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu satu lagi laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang petang Jumaat

Ia dipercayai ada kaitan dengan laporan sebelum ini dan dibuat oleh Aziz Mohamad, individu sama yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers kerana mendakwa wujud penipuan kandungan beras, 19 Julai lalu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment