PAN Intai Kerusi Exco… Misi Singkirkan Pas Jadi Keutamaan Di Selangor


Kenyataan Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) yang menyifatkan langkah mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri Selangor kononnya akan mengelirukan rakyat Selangor merupakan gerakan terancang dan desakan berterusan terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk menyingkirkan Pas dari kepimpinan kerajaan negeri.
Pengerusi Pertubuhan Mesra Setiakawan Malaysia, Mohd Azli Jaafar berkata, gerakan ini turut menekan Azmin untuk meletakkan wakil rakyat PAN dalam barisan EXCO bagi mengantikan wakil rakyat Pas yang disingkirkan.
“Kita sedar, PAN ini merupakan alat kepada Dap, dan agenda agenda Dap Selangor tidak mahu memberikan peluang dan ruang kepada pemimpin-pemimpin Islam untuk menerajui kepimpinan di Selangor.
“Kita bernasib baik masih mempunyai Institusi Raja-Raja Berpelembagaan dan Islam adalah Agama Rasmi. Selagi Sultan Selangor bertitah, selagi itu tampuk kepimpinan Selangor (MB Selangor) mesti dari kalangan orang Islam.
“Itulah yang ditakutkan Dap, apabila Azmin masih lagi mengekalkan Pas sekaligus tidak menurut kemahuan mereka untuk menyingkirkan Pas yang tidak menyebelahi kehendak  pakatan pembangkang kerana  Pas masih berprinsip dan bernaung atas dasar Islamnya,” ujarnya mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil baru-baru ini.
Tambahnya, gerakan singkirkan Pas dari kerajaan negeri ini bukanlah satu perkara baru, malah usaha yang diterajui Dap ini hakikatnya berjaya apabila tiga wakil rakyat Pas bertindak melompat parti dengan menyertai Gerakan Harapan Baru ketika di awal penubuhannya.
“Jadi Faiz tak payahlah berdolak dalik kononnya tidak timbul soal wakil rakyat PAN mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan kononnya dua ADUN mereka melakukan pengorbanan besar dan berikan komitmen kepada kesinambungan pengukuhan Pakatan di Selangor kerana kesemua ADUN mereka ini hakikatnya menang pada PRU13 lalu atas tiket Pas. Ketika konflik perubahan MB Selangor pun, parti PAN ini langsung tidak nampak bayangnya.
“Jadi tak perlulah kaitkan BN ataupun UMNO kononnya penyertaan Pas dalam kerajaan negeri kini sangat cenderung kepada UMNO, yang akan mengelirukan rakyat sebaliknya tindakan PANlah yang sebenarnya mahu memporak-perandakan kerajaan negeri dalam usaha meletakkan wakil mereka dalam kedudukan yang lebih baik di negeri Selangor ini, yang mana akhirnya rakyat juga yang akan dipergunakan untuk memenuhi hasrat mereka,” ujarnya lagi yang dipetik dari Portal UMNO-Online
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment