[Sumber: Utusan Malaysia, 11 September 2006, ms4]
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, tidak wujud gerakan atau tekanan ke atas mana-mana perwakilan pada mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu semalam supaya tidak mengundi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, beliau mahukan Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz menerima baik dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan pada mesyuarat itu.
“Tidak ada tekanan, undi itu rahsia, tiada siapa tahu perwakilan mengundi siapa semasa proses pembuangan undi berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan, di sini hari ini.
Mahdzir yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kini, terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk menjemput Dr. Mahathir sebagai jemputan khas ke perhimpunan agung kelak.
“UMNO Kedah tidak campur tangan dalam hal jemputan ke perhimpunan agung, itu terpulang kepada kepimpinan pusat UMNO,” jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata, keputusan yang diambil oleh majoriti perwakilan Kubang Pasu adalah tepat memandangkan status Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tidak boleh dicemarkan.
“Tak sangguplah nak tengok Tun duduk di tangga ayam atau terkial-kial masuk dewan sebagai perwakilan,” katanya. [Aku kurang bersetuju dgn perkataan terkial-kial nie, dan tidak sampai hati aku nak katakan Tun M terkial-kial masuk dewan sebagai perwakilan, kerana pada pandangan mata kasar, Tun masih steady. Kita hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan]

0 Komen