Pemuda UMNO Jasin Sediakan Van Khas Bawa Pesakit Covid19 Ke CAC


JASIN, 6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin hari ini mengambil inisiatif menyediakan sebuah van khas kepada semua pesakit Covid 19 di dalam parlimen Jasin utk membawa mereka yang positif ini ke Pusat Penilaian Covid19   (CAC). 

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, antara permasalahan utama yang selalu terjadi pada saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang positif Covid 19 adalah masalah kenderaan utk membawa mereka ke CAC (covid assessment centre) sebelum mereka di bawa ke PKRC MITC ataupun hospital.

“Kerana dengan peningkatan kes covid yg semakin tinggi, maka bebanan petugas kesihatan utk menyediakan kenderaan membawa mereka ini ke CAC juga adalah amat terhad.


Dengan risiko mendapat jangkitan, ada dikalangan saudara-saudara mereka tidak berani membawa mereka tanpa kelengkapan lengkap seperti PPE, ada juga di antara mereka yang tidak boleh memandu kenderaan sendiri disebabkan suami ataupun bapa sudah dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.

Maka kita mengambil inisiatif untuk mengurangkan bebanan mereka yang positif ini di dalam Parlimen Jasin utk membawa mereka yang positif ini ke CAC,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka.

Tambahnya, perkhidmatan ini adalah secara PERCUMA berdasarkan kekosongan jadual van tersebut.

“Mana-mana individu yang ingin menggunakan khidmat ini, boleh menghubungi mana-mana AJK Pemuda UMNO Bahagian ataupun Ketua Pemuda UMNO cawangan masing-masing.

Kami faham kesukaran yang anda semua hadapi di saat begini, maka biarlah kesukaran itu kita kongsi bersama. Moga Allah melindungi kita semua,” ujarnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment