Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca

(dipetik dari sajak Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang)


Hari ini hari yang sungguh bermakna buat warga pendidik atau lebih mudah kita katakana GURU, kerana hari ini golongan ini akan sekali lagi menyambut perayaan HARI GURU.

Untuk itu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik di seluruh Negara, khususnya buat guru-guruyang pernah mengajar aku sewaktu aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka dari tahun 1985 hingga 1989, terutamanya Cikgu Fatimah Abu, Cikgu Hassan tak tak jemu-jemu mengajar aku bermain sepaktakraw malah sehingga dapat gelaran `Labuh’, cikgu Omar yang mengajar aku erti kesabaran dan keikhlasan, Cikgu Rohana yang memperkenalkan aku erti sebuah persahabatan.

Juga buat guru-guru aku di Sekolah Tinggi Melaka walaupun 2 tahun sahaja aku di situ. Alfatihah buat cikgu Tan Sri Abdul Rafie Mahat (Pengetua aku di MHS). Seterusnya buat guru-guruku di Sekolah Menengah Seri Tebrau, Johor sehinggalah aku menamatkan zaman persekolahan di sana. Nama-nama seperti cikgu Nik Zamani takkan aku lupakan. Juga Cikgu Punitha, Cikgu Roslan si misai melentik, rotan-rotanmu tidak akan kulupakan sepanjang hayatku.

Terima kasih semua. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan serta tunjuk ajar kalianlah yang berjaya menjadikan aku seorang `orang’ pada hari ini, walaupun pada hari ini aku bukanlah seorang Perdana Menteri, bukanlah seorang Raja, jauh sekali sebagai seorang presiden, ulama dan peguam juga aku tak layak, apatahlagi sebagai orang penulis. Tapi aku bersyukur, aku adalah si `Sahabat-Gunung’. – Selamat Hari Guru
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.

  2. Pengorbanan seorang guru amat besar ertinya dalam mendidik anak bangsa.

    Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan anak-anak didiknya.

    Pengorbanan guru di pedalaman juga terlalu besar, yang tidak dapat dibayar dengan nilai wang ringgit.

    Terima kasih guruku....

Post a Comment