GPMS KESAL DAN KECEWA

GPMS cukup kesal dan kecewa dengan sikap Majlis Peguam untuk meneruskan forum khusus yang menyentuh langsung kepada isu kontrak sosial dan ketuanan Melayu. Sebagai sebuah badan profesional, yang pada dasarnya memperjuangkan 'rule of law', tindakan tersebut menampakkan kecenderungan Majlis Peguam untuk membuka ruang pembicaraan isu yang cukup sensitif;

Presiden GPMS, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, sikap dan kecenderungan Majlis Peguam untuk mengadakan program yang sedemikian rupa tidakpun membawa kesan positif - selain daripada membangkitkan rasa resah dan marah di kalangan orang Melayu;

GPMS ingin menafikan sama sekali dan mengecam kenyataan dua orang ahli panel, Dr Puthucheary dan Dr Kua Kia Soong, yang mengatakan kontrak sosial adalah cuma suatu 'fiction' atau cerita rekaan. GPMS mendesak agar ahli panel tersebut mengkaji semula sejarah dan dokumen Perlembagaan dengan lebih ikhlas dan rasional. GPMS juga menuntut agar ahli panel tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya pihak berkuasa mempunyai asas untuk berbuat demikian;

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Perlembagaan, kontrak sosial adalah sesuatu yang diterima dan menjadi asas kepada pembinaan negara Malaysia selama ini. Menafikan kewujudan kontrak sosial dalam semangatnya yang sebenar - adalah suatu kedangkalan pemikiran dan keengganan menerima dinamisme sejarah;

Majlis Peguam mesti bertanggungjawab dengan sebarang kemungkinan kebangkitan rasa marah masyarakat. GPMS sendiri menerima banyak maklum balas yang negatif tentang penganjuran forum tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. KONTRAK SOSIAL: Kerajaan mungkin guna OSA

    Tindakan Majlis Peguam Malaysia (MPM) membincangkan kontrak sosial mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu merupakan satu perbuatan memperlekehkan kedudukan kaum itu.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan berhak menggunakan Akta Hasutan (OSA) terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    "Jika diperhalusi tindakan mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu maka ia boleh dikenakan tindakan di bawah OSA. Hakikatnya tindakan ini jika dibiarkan boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya memberi kesan besar terhadap masyarakat majmuk yang selama ini menjadi teras kepada kekukuhan dan keharmonian kaum rakyat negara ini.

    Hak-hak keistimewaan Melayu tidak boleh dibincang, dipersoalkan dan dipertikaikan oleh bukan Melayu dan ia sentiasa relevan dalam negara ini.

    "Jika ada mana-mana pihak yang berkaitan yang menghadiri perjumpaan yang membincangkan hak ketuanan orang Melayu itu maka bagi kami (polis) kita boleh bertindak berdasarkan undang-undang yang sedia ada”.

Post a Comment