Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi mengulangi bantahan ke atas kenyataan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey yang menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Pemuda membantah sekeras-kerasnya tindakan Washington ini dan melihat campurtangan pihak lain seperti Turki yang pernah melindungi Anwar serta akhbar tabloid Singapura yang sengaja mahu mengaibkan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai satu perkembangan yang tidak sihat di mana kuasa-kuasa asing cuba mencampuri hal ehwal negara kita.
Pemuda melihat perkembangan ini mempunyai kaitan dengan Anwar dan membuat pendirian bahawa satu tindakan tegas perlu diambil untuk menyatakan amaran serta bantahan kita terhadap pihak ketiga agar jangan sekali-kali cuba mencampuri urusan Malaysia.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Amerika serta kuasa asing lain yang mencampuri urusan perundangan negara selain membantah usaha Anwar yang cuba meraih simpati negara-negara asing untuk mengalih perhatian ramai ke atas siasatan dirinya sendiri.

8:46 PM
Di kopitiam kita boleh sembang macam-macam. Dengan kopi secawan, kita boleh tukar persepsi kepada realiti. Kita juga berhujah sehebat Karpal Singh dan Mat Sabu.
Dalam sembang panjang di kopitiam terselit satu cerita menarik. Ada video terlarang dalam tangan pihak US. Maka dengan sedikit ugutan, orang berkenaan menggeliat kerana teloq sudah diikat.
Bila teloq diikat kuat dengan simpul mati, hidung pula diikat dan diheret kemana-mana macam lembu.
Senario begini ada dimana-mana ...