Merenung ucapan Pak Lah 2003- `MENGURUS KEJAYAAN’

Aku tertarik dengan ucapan YAB Pak Lah ketika beliau Timbalan Presiden UMNO, sewaktu merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada 17 Jun 2003 di Dewan Merdeka, PWTC yang bertajuk `Mengurus Kejayaan’….

Ucapan tersebut berbunyi….

Bahawa kepercayaan dan sokongan yang dicapai oleh UMNO tidak diperolehi dengan mudah. Tidak ada lampu ajaib untuk digosok yang membolehkan sesuatu sokongkan berlaku dalam sekelip mata. Demikian pula, hilangnya kepercayaan dan sokongan adalah akibat hakisan kepercayaan dan hakisan sokongan berpunca dari perlakuan, perbuatan dan pengucapan yang tidak mendapat restu rakyat. Sedarlah! Jika ahli-ahli UMNO mula bersifat terlalu selesa, kepercayaan dan sokongan, tidak dapat kekal selama-lamanya.

Oleh itu, di saat-sat merasa bangga menjadi ahli kepada sebuah parti politik yang begitu gemilang prestasinya, saya terpanggil untuk berkongsi dengan saudara-saudari akan ungkapan kata-kata yang ditulis oleh orang tua saya, Haji Ahmad Badawi (Allahyarham) di papan hitam di ruang mesyuarat dan kuliah di rumah kami di Kepala Batas. Ungkapan kata-kata berbunyi:

Tiap-tiap umat akan menghadapi tiga etika:

Pertama : Ketika kebahagian dan kekecewaan
Kedua : Ketika gelora dan perselisihan
Ketiga : Ketika kejatuhan dan kehancuran


Di saat-saat merenung masa depan UMNO untuk menghadapi cabaran dan jalan perjuangan yang masih panjang ..... di manakah UMNO pada masa kini dan dapatkah kita terus mempertahankan supaya UMNO kekal berada pada tahap ’kebahagian tanpa kekecewaan’ ?

Tepuk dada, tanyalah hati sendiri.... kepada siapa hendak dipertaruhkan nasib sekiranya pemilihan UMNO nanti, akan membawa perpecahan dan keretakan seterusnya sekali lagi menguburkan UMNO tanpa nisan sebagaimana yang berlaku 20 tahun yang lalu... ?
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Apa nak dikata. Kalah bukan beerti salah, saudara telah mencuba yang terbaik, mungkin belum ada nasib sahaja lagi.

    Teruskan usaha dalam memperbaiki parti kita

  2. Anonymous
    5:33 PM

    BUNGARAYA ikut bersedih,
    Kenapalah ramai sangat orang kita mahu Pak Lah berhenti dari PM. Selain beliau seingat saya Tun Hussein On juga berhenti dari jawatannya dalam tempoh yang singkat. Sebentar dulu, seingat saya gerakan untuk memilih pemimpin warak dalam UMNO dan pentadbiran negara bersemarak. Tapi setelah kita jadikan Pak Lah ( org warak ) menjadi PM, kita pula yang tak suka. Kalau Anwar lain lah. Beliau cuma warak berkata-kata sahaja, sedangkan bebas bermain buntut.

  3. Anonymous
    9:58 PM

    Kita Sokong UMNO!..tertarik dengan comment anonymous first tu..tapi saya lebih stuju kalu ketaqwaan seseorang itu tak dapat diukur dari pandangan mata kasar..
    Allah je lebih mengetahui..so,jgn cepat melatah, kita sebagai ahli UMNO, kena tunjuk sifat sopan, ayat yg last tu pasal DSAI tu, elakkan..nanti org ckp org kita mulut jht plak

  4. Saya akan tetap sokong UMNO, namun perubahan dalam UMNO harus dibuat demi untuk memperkasa semula UMNO.

    Namun, apa yang terjadi di musim pemilihan ini belum membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO mahu berubah...

    Berubah yang saya maksudkan, bukanlah saya penyokong Mukhriz atau Khir Toyo yang menggunakan 'tagline' berubah dalam perjuangan mereka nak jadi KP UMNO nie.

    Sebab kita juga perlu setia pada kawan, tetapi tidak bermaksud setia pada kawan yang 'MENGHULUR' sahaja.

    Tapi apa yang saya maksudkan ialah, pejuang-pejuang UMNO atau pemimpin UMNO hari ini harus Berani Berubah dan Setiakawan demi memastikan perjuangan UMNO sampai ke akarnya.

Post a Comment