Oleh: Doc 9509
Mari kita bawa jasad dan minda kita utk bersama2 dgn mereka yg hidup pd thn 1946. Cuba kita kecapi setiap rentetan peristiwa suka duka dan pahit getir yg membawa kpd kebangkitan org2 Melayu. Kita rasai derita mereka; kita hayati semangat perjuangan mereka; letakkan diri kita di kalangan mereka…sedut setiap nafas mereka; dengar degupan jantung mereka; ikuti setiap getaran jiwa mereka…
Kita lihat bagaimana penjajah British memisahkan org2 Melayu dr bidang perniagaan dan dibiarkan dikuasai oleh bangsa Cina dan bangsa India pula dijadikan buruh di ladang2 dan jabatan KTM. Manakala org2 Melayu diletakkan sbg kakitangan kerajaan dan menjadi pegawai pentadbiran pangkat rendah utk menjadi org suruhan kuasa kolonial British. Sape2 yg tak mahu kerja dgn org Inggeris, dibiarkan terus menjadi petani, pesawah, pemburu, nelayan dan guru2 sekolah Melayu dan pondok. Raja2 Melayu diberi kedudukan sbg Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa penuh dlm pentadbiran kerajaan negeri masing2. Sekiranya mahukan kerja yg lebih baik spt kerani atau pegawai dlm pentadbiran kerajaan, org2 Melayu perlu belajar di sekolah Inggeris hingga ke peringkat ‘Senior Cambridge Certificate’ (skang SPM la). Pendidikan Melayu pd ketika itu hanya setakat Darjah 6. Itupun hanya layak jd guru sekolah Melayu atau polis. Oleh sbb itu, kebanyakan dr mereka ini tidak mempunyai peluang utk mendapatkan pelbagai jenis kerja dlm pentadbiran kolonial.
Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai agenda Malayan Union pd 22/1/1946 mula mencetuskan api dlm jiwa org2 Melayu yg telah sekian lama membara. Sebuah agenda yg bertujuan menjadikan Tanah Melayu ini tanah jajahannya manakala kuasa Raja2 Melayu dihapuskan dan rakyat asing spt Inggeris, Cina dan India diberi hak sama rata dgn org2 Melayu. Ini bermakna, hak ketuanan Melayu dinafikan! hak milik dan keistimewaan org Melayu diperkosa! Bermula perarakan bantahan besar2an di Alor Setar anjuran Kesatuan Melayu Kedah, kongres pertama utk menyatupadukan org2 Melayu bg menentang agenda British tersebut lantas diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL pd 1-4/3/1946 anjuran Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan dihadiri oleh 41 pertubuhan Melayu dr seluruh semenanjung. Kongres ini berakhir pd kali ke-3 diadakan di Istana Besar Johor Bahru pd 11-12/5/1946. Di sinilah seluruh individu dan pertubuhan2 Melayu yg sebelum ini berjuang diperingkat local telah bersatu dan bergabung dlm satu pertubuhan yg dipanggil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Nama yg asalnya Pertubuhan Melayu Bersatu dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar telah ditambah dgn perkataan “Kebangsaan” oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Siapakah Za’ba? Za’ba adalah salah seorg ahli drpd 41 pertubuhan Melayu. Beliau tidak terkenal sbg tokoh politik tp lebih dikenali sbg seorg guru atau Pendita Melayu. Ini menunjukkan bhw setiap org Melayu pd ketika itu tidak kenal apa itu “politik”. Mereka berhimpun kerana semangat, hak dan penyatuan. Apa yg mereka tahu adalah “perjuangan”. Apa yg mereka laungkan adalah slogan “Hidup Melayu” sehingga mampu menyatukan org2 Melayu dr segenap lapisan utk berdiri di bawah satu bumbung. Hanya pd 25/3/1951 barulah slogan itu ditukar kpd “Merdeka”.
Dlm tempoh 2 thn shj, agenda Malayan Union akhirnya berkecai tapi malang terus menimpa org Melayu apabila British mengisytiharkan pula Persekutuan Tanah Melayu pd 1/2/1948. Walaupun pengisytiharan ini membolehkan Raja2 Melayu kembali berkuasa di negeri masing2 tapi British sendiri masih berkuasa dlm pentadbiran dan berkuasa membongkar segala khazanah Tanah Melayu. Begitu ramai pendatang asing India telah dibawa masuk melalui East-India Company utk bekerja di ladang2 getah manakala org Cina dr tanah jajahannya Hong Kong dan China bertumpu di sektor perlombongan bijih timah. Org2 Melayu pula diketepikan tanpa mendapat apa2 pembelaan, apatah lg hak sendiri!.
Apa Kaitannya Dgn Penubuhan GPMS?
Bolehkah kita kaitkan peristiwa 13 Mei 1969 dgn Singapura? Walhal Singapura telah keluar dr Malaysia sejak thn 1965 lg. Apa pula kaitannya peristiwa 13 Mei 1969 dgn Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yg diwartakan pd thn 1974? Begitulah apabila menjawab soalan “apa kaitannya sejarah politik Tanah Melayu dgn penubuhan GPMS?”.
Ledakan dan laungan semangat org2 Melayu yg menggegarkan Alor Setar telah mencetuskan gelombang yg amat dahsyat ke seluruh pelusuk semenanjung utk satu tempoh yg agak panjang selama 11 tahun. Pusat pentadbiran Kerajaan British yg berpusat di Singapura sentiasa diasak dgn badai yg meranapkan sedikit demi sedikit bahteranya. Dlm tempoh itu, pelbagai kesatuan Melayu rancak ditubuhkan; angkatan2 muda disatukan, kaum2 ibu juga disatukan, para guru turut disatukan dan tak ketinggalan pelajar2 Melayu juga disatukan.
Maka, gelombang inilah yg mencetuskan idea kpd penubuhan GPMS oleh mahasiswa2 dari Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura.
Kebanyakan kesatuan2 Melayu ketika itu didukungi oleh para guru yg sentiasa meniupkan semangat kpd anak2 bangsa tentang peri pentingnya pelajaran dan ilmu sbg kunci kemajuan bangsa sekaligus utk membina martabat bangsa yg lebih bermaruah!. Mereka tidak sanggup melihat anak2 Melayu hidup miskin dan hina di bumi sendiri sedangkan penjajah dan bangsa lain bebas utk hidup mewah. Ditambah pula dgn gerakan kesatuan2 pelajar Melayu yg saban hari menjaga kebajikan rakan sebangsa di tengah2 arus diskriminasi yg diamalkan oleh pihak British terhadap pelajar2 Melayu mencetuskan perang psikologi terhadap diri anak2 Melayu. Atas kesedaran tentang hak sbg anak peribumi dan desakan dari gelombang kebangkitan org2 Melayu di samping tekanan yg berpanjangan drpd pihak British telah memungkinkan satu gerakan dibuat ke arah penyatuan kesatuan2 pelajar.
Maka, dgn sbb itulah perkara pertama yg dibuat setelah penubuhan GPMS adalah membuka kelas bimbingan utk anak2 Melayu demi kekuatan bangsa dan jaminan ke arah kelangsungan hidup serta martabat bangsa. Org Inggeris sudah tidak boleh diharapkan utk membantu bangsa Melayu apatah lg membela nasib bangsa. Persoalannya, siapa yg menjadi tenaga pengajar bg kelas bimbingan ini? Guru atau mahasiswa? Ya, mmg benar sejarah menyebut bhw gerakan ke arah penubuhan GPMS dipelopori oleh mahasiswa tetapi adakah benar jika dikatakan bhw segala idea utk menyusun gerakan selepas penubuhan dan yg lebih byk melibatkan diri dlm gerakan adalah para guru? Kerana apa? Bukankah jumlah guru2 Melayu yg diperlukan kelulusan setakat Darjah 6 shj lebih ramai drpd jumlah mahasiswa Melayu yg boleh dibilang dgn jari pd ketika itu? Umur mahasiswa Melayu pula berumur 20-an, sebaya dgn guru2 Melayu muda manakala pelajar2 Melayu yg bersekolah tinggi hingga ke Darjah 9 pd ketika itu berumur 19 thn dan ke bwh.
Apakah Kesannya Dalam Penubuhan GPMS?
Seorg manusia dewasa mewarisi perwatakan dan prinsip diri yg tertentu bergantung kpd sejauh mana pengalaman hidupnya mengajar tentang sesuatu. Keadaan famili, pendidikan yg diterima, teman2 yg digauli, masyarakat sekeliling, setiap keputusan yg diambil terhadap proses hidupnya dan faktor genetik adalah penentu kpd corak peribadinya. Begitu jugalah lahirnya Mukadimah GPMS dan Lagu Rasminya adalah hasil drpd proses yg dilaluinya sblm itu.
Perkataan “SEDAR” yg digunapakai dlm Mukadimah GPMS menunjukkan pemahaman, pengertian dan kepekaan tentang sesuatu. Sedar itu dtg setelah berlakunya penyesalan, kesilapan, kesukaran, penderitaan dan tekanan. Hanya mereka yg dewasa dan meniti zaman sblm merdeka shj yg mampu mentafsirkannya. Jika merujuk kpd baris ke-2 rangkap pertama Lagu Rasmi GPMS yg mengungkapkan,
“Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu
Setelah menempuh halangan…”
kita dpt merasai bhw GPMS berhadapan dgn sejarah pelajar2 Melayu yg cukup panjang dan tragis sebelum penubuhannya. Seperti yg telah dikupas di atas, senario politik Tanah Melayu dan gelombang kebangkitan org2 Melayu utk menentang pencabulan hak ketika itu memberi kesan yg cukup mendalam sehingga membawa kpd penubuhan pelbagai kesatuan dan pertubuhan Melayu termasuklah penubuhan GPMS sendiri.
Maka tidak hairanlah jika wujudnya perkataan “tenaga” yg merujuk kpd pelajar2 Melayu dlm bait SEDAR PERTAMA. Kalimah Penyatuan ini yg diletakkan sbg SEDAR PERTAMA menunjukkan bhw betapa kuatnya rasa ingin bersatu ketika itu sehingga menjadi lambang atau simbol (bkn logo) kpd setiap gerakan sepertimana yg diungkapkan pd rangkap ke-2 baris ke-3 Lagu Rasmi GPMS, “Cekal bersatu lambang kita”. Semangat utk bersatu tidak akn dtg jika tiada diskriminasi, penindasan, pencabulan dan ketidakadilan oleh pihak British terhadap org2 Melayu. Tambahan pula, gelombang penyatuan dan semangat yg melanda seluruh semenanjung yg tercetus sejak thn 1946 masih tetap dirasakan cukup kuat gegarannya. Sedangkan tragedi badai 2 September 1998 yg melanda negara memakan masa 6 tahun utk reda, inikan pula baru 2 tahun.
SEDAR KE-2 adalah Kalimah Kesedaran dan SEDAR KE-3 adalah Kalimah Keazaman telah dikupas dlm sub-topik “Apa Kaitannya Dgn Penubuhan GPMS” perenggan ke-4 dan Ke-5. Pengajian di bidang perubatan byk mempengaruhi pemikiran pengasas2nya kerana mereka belajar konsep “melihat dan merawat penyakit dari puncanya”. Sepertimana pelajar2 yg berada dlm bidang pengajian accountancy diasuh dgn konsep “semua benda itu duit”. Lantas trend pemikiran ini diterjemahkan utk menilai kehidupan org2 Melayu seterusnya membongkar kelemahan anak2 bangsa yg sering diperbodohkan dan dihina oleh puak penjajah. Dari sinilah timbulnya kesedaran, keazaman dan cita2 utk meninggikan darjat pengetahuan bangsa agar org Melayu bisa utk berdiri gagah di tanah sendiri.
Atas genggaman penyatuan, api kesedaran dan cahaya keazaman, mereka membina obor perjuangan. SEDAR KE-4 menjadi Kalimah Perjuangan dan seterusnya landasan utk terus memastikan kemajuan, kekayaan dan kemuliaan adalah milik mutlak bangsa, bukan lg org lain. Senario politik Tanah Melayu pd ketika itu cukup menyedarkan mereka bhw selagi org Melayu tidak bangkit dr lena yg panjang, selagi itulah org Melayu akn berada di bawah telunjuk org lain; akan terus mewarisi kemunduran, kemiskinan dan kehinaan di bumi sendiri. Org Melayu tidak punya senjata utk berperang; hanya senjata ilmu utk menang!
Moto ‘Belajar Terus Belajar’ menjadi Kalimah Seruan utk menyeru sekaligus menyedarkan org2 Melayu bhw hanya dgn ilmu, maruah bangsa mampu dikembalikan. Jika tidak ingin melihat anak2 Melayu diinjak2 oleh bangsa penjajah sebagaimana ibu bapa dan nenek moyang mereka mengalaminya, ruang dan peluang perlu disediakan utk mengisi dada2 mereka buat bekalan di hari muka.
Kesemua kalimah SEDAR itu menjadi prinsip gerakan utk menunjukkan kpd org2 Inggeris bhw tanpa tongkat sekalipun, org Melayu satu hari nanti akn bisa berdiri lebih tinggi dan tidak sekali2 akn duduk sama rendah dgn mereka. Justeru itu, GPMS tertubuh bkn hanya kerana penyatuan malah ada tugas yg harus dilaksanakan; ada janji yg wajib ditunaikan; ada perjuangan yg perlu diselesaikan!. Pelajar2 Melayu punya hak yg perlu diambil perhatian; pelajar2 Melayu juga berhak utk meminta pembelaan; pelajar2 Melayu dlm apa jua keadaannya tidak seharusnya didiskriminasikan. Inilah yg menjadi tunjang perjuangan org2 terdahulu. Inilah yg menjadi penutup kpd Mukadimah GPMS.
GPMS Dan Pelajar2 Melayu Hari Ini
Ketika saya ‘merayau-rayau’ di salah satu PAT yg diadakan pd 24-25/12/05, berpeluang juga saya berborak dgn beberapa ahli dr pelbagai cawangan termasuk dr kalangan calon MT dan exco yg bertanding. Dlm kesempatan yg begitu terhad, satu soalan diajukan, “Apa sebenarnya maksud KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN?”. Kesemuanya memberikan jwpn yg sama tetapi cukup mengejutkan saya, “kita akn bukak semula kelas2 tuisyen…”. Apakah spt isu UPM yg baru2 ini diberi komentar kerana telah melencong dr matlamat asal penubuhannya utk memajukan sektor pertanian negara sejak bertukar nama kpd Universiti Putra Malaysia? Ya, UPM harus kembali kpd matlamat asalnya tetapi bukanlah menggunakan kaedah atau cara yg lama. Penukaran nama dr “Pertanian” kpd “Putra” bukanlah bermakna UPM harus keluar dr sebuah universiti yg berorientasikan pertanian. UPM perlu terus menjadi peneraju kpd konsep pertanian moden dgn lebih memberikan penekanan kpd bioindustri dan bioteknologi. Ooopps...no komen!. Saya tinggalkan persoalan ini utk dikupas atau dijawab oleh mereka yg lebih berhak.
Dahulu, gerakan dilakukan sehingga dr rumah ke rumah utk menyeru dan merayu agar menghantar anak2 ke sekolah dan ke kelas2 bimbingan. Hari ini tidak lg malah rata2 ibu bapa sendiri yg menyekolahkan anak2 mereka tanpa disuruh.
Dahulu, bila tertubuhnya GPMS, semua pelajar dirasuk semangat bersatu dan semangat utk belajar. Hari ini, semangat itu tiada lg. Tenggelam dlm ‘evolusi muzik berterusan’. Karam di tengah2 lautan revolusi teknologi komunikasi dan maklumat.
Dahulu, pelajar2 Melayu susah utk diajar. Mungkin kerana mereka hidupnya susah. Hari ini, pelajar2 Melayu senang utk diajar tetapi kebanyakannya bersikap kurang ajar. Mungkin kerana hidup mereka senang. Atau mungkin zaman telah mendidik mereka erti kurang ajar.
Dahulu, pelajar2 Melayu tahu utk apa mereka belajar. Mereka belajar utk mengetahui apa yg mereka TIDAK KETAHUI. Hari ini, kebanyakannya tidak tahu utk apa mereka belajar. Mereka belajar utk mengetahui apa yg mereka TIDAK MAHU TAHU. Sbb itu pelajar2 Melayu kurang bertanya soalan. Mereka belajar kerana ibu bapa. Mereka belajar sbg syarat utk mencapai cita2 dlm pekerjaan.
Dahulu, pelajar2 Melayu melihat KEWAJIPAN itu tanggungjawab dan LARANGAN itu sempadan. Hari ini, mereka melihat kewajipan itu adalah bebanan dan larangan itu adalah peluang.
Dahulu, pelajar2 Melayu takut kpd guru mereka. Ibu bapa pula amat menghormati profesion perguruan. Hari ini tidak lg. Murid sudah tidak menghormati guru. Ibu bapa pula menganggap guru sebagai org suruhan utk mendidik anak2 mereka.
GPMS hari ini perlu berubah bersesuaian dgn kehendak zaman. GPMS hari ini berdepan dgn perubahan tamadun bangsa dr segi budaya, sosial, sosioekonomi, politik dan mentaliti org2 Melayu kini. GPMS hari ini sudah tenggelam punca; lesu dirodok zaman. GPMS perlu keluar dr ‘Titik 9’. Prinsip 4 SEDAR hanya gah di atas kertas dan di dlm kepala. Tidak tahu bagaimana utk menterjemahkannya utk diambil tindakan secara berkesan. Tujuan penubuhan GPMS spt dlm perenggan terakhir Mukadimah GPMS menjadi tujuan peribadi buat menjaga hak2 sendiri, mengemukakan segala permintaan utk nama dan perut sendiri dan memperbaiki keadaan sendiri dr segenap aspek hidupnya.
Dahulu, negara kita kaya tetapi warga Melayunya tidak pandai menggunakan kekayaan yg ada disebabkan kurangnya ilmu. Hari ini, negara bukan shj kaya dan makmur malah warga Melayu rata2nya telah berilmu tinggi. Malangnya warga Melayu tidak pandai menggunakan ilmunya malah budaya ketimuran yg diwarisi zaman-berzaman turut menjadi korban. Hanyut dan karam dlm arus deras pembangunan negara dan kemajuan ICT.
Zaman telah berubah. Jangan lg kita melihat bangsa Melayu seperti “Ayam dikepuk mati kelaparan; itik di air mati kehausan” tetapi lihatlah bangsa seperti ‘Ayam dikepuk mati kekenyangan; itik di air mati kelemasan’…
Dari Meja Pengarang
MINDA BARU MELAYU

10:37 AM
Hari ini anak-anak yang masih sekolah, masih bergelar 'murid-murid' telah pandai bertindak "kurang ajar" keapda guru mereka. Dalam masyarakat anak-anak tadi yang telah berubah menjadi belia remaja meneruskan sikap "kurang ajar' tersebut kepada Pemimpin mereka yang satu bangsa dengan mereka. Siapa yang mengajar mereka kalau bukan ibu bapak dan alam sekitaran mereka?
Maka jadilah hasilnya sekarang. Keadaan sikap melayu yang telah ramai yang kurang ajar. Kurang ajar merupakan sikap yang terpakai walaupun jiwa mereka sendiri berkata tidak kepada apa yang mereka lakukan. GERAM AKU.