Bogel: Apa Tindakan PKR?

`Kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah. Menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah. Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan....’

Pembuka bicara kepada persoalan penyebaran gambar bogel ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Dulu, aku tinggal di Damansara Damai (DD). DD ini terletak dalam kawasan DUN Bukit Lanjan yang diwakili Elizabeth Wong. Ketika kempen PRU lalu, beliau sering meletakkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan bebas dari sebarang isu moral.

Tapi, apa dah jadi hari ini. Memang benar Elizabeth Wong tak bersalah, bukannya dia rela pun dirinya dibogelkan, diambil gambar dan kini disebar kononnya secara meluas dalam internet.

Tapi sedikit sebanyak, apa yang dia buat sebelum tidur berbogel, adakah dia main congkak sebelum tidur. Tentu ada `sesuatu yang berlaku’ sebelum dia tidur secara berbogel.

Sebagai seorang yang masih bujang, melakukan `sesuatu’ itu memanglah suatu perkara yang tidak baik, yang tidak harus menjadi contoh kepada masyarakat. Memang dia bukan beragama Islam, dia boleh buat apa sahaja. Tetapi sebagai seorang pemimpin kepada sebuah parti politik yang selama menampilkan diri sebagai sebuah parti suci murni, ia tidak seharusnya dihalalkan.

Apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari PKR sedang menghadapi krisis moral yang teruk dan menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu, kepimpinan tertinggi PKR harus mengambil tindakan segera terhadap Elizabeth Wong sebagai bukti perjuangan mereka yang bersih sebagaimana yang mereka war-warkan selama ini.

Mereka sering menampilkan diri sebagai ahli dan sebuah parti politik bersih dari rasuah, bersih dari isu-isu moral dan telus.

Kini masanya untuk mereka membuktikan segala dakwaan mereka selama ini benar-benar ikhlas, bukannya sandiwara politik semata-mata untuk mendapatkan undi rakyat.

Mereka harus mencontohi sikap yang diambil oleh kepimpinan BN berhubung isu penyebaran video lucah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengambil tindakan drastik melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti MCA berkuatkuasa.

Persoalan salah dan tidak tindakan penyebaran gambar bogel ini terserah kepada kebijaksaan pihak berkuasa, namun apa yang kita kesalkan ialah perlakuan ADUN terbabit.

Akhir bicara, aku tak heran kalau dalam masa terdekat ini, ada pihak-pihak dari Pakatan Rakyat akan melaung-laungkan, menjerit-jerit mengatakan ia semua sandiwara BN dan UMNO.

Ia semua kerja jahat UMNO dan BN. Ini semua bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan `Pakatan Rakyat @ Rapuh’ di Selangor. Kita tunggu dan lihat.

Sebelum aku mengundurkan diri,terus terang aku katakan bahawa gambar bogel Elizabeth ini, aku tak jumpa pun dalam internet. Adakah ia semata-mata untuk menimbulkan isu baru, untuk menutup kelemahan Pakatan Rapuh sejak kebelakangan ini. Tepuk dada, tanyalah hati.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    6:29 PM

    Bukan sahaja Elizebeth harus diambil tindakan kerana salah laku moral malah HERO PUJAAN PKR BABI juga harus disembelih dan dipanggang untuk hidangan ahli2 PAKATAN RAKYAT YANG DUNGU!!!kerana salah laku moral yang terkutuk.

    Fauzi Ampang

  2. Anonymous
    9:07 PM

    Biasalah .. PKR kan wali..suci..bersih..berkawan pun dengan "ahli syurga".... mana pengikut dia nak percaya ini semua. Hanya Tuhan sahaja yang tidak dapat dibohongi. Kalau dah setan buat jahat..kat dunia lagi Tuhan dah tnjuk balasan.. Bagimanapun BN jangan mainkan isu lapuk ini dalam kempen PR Bukit Gantang nanti. Banyak isu berfaedah yang boleh diketengahkan...sebab kita banyak buat daripada bercakap. Sebaliknya puak-puak sesat dan jahil itu banyak bercakap daripada buat.

    Hidup UMNO, Hidup BN
    Salam daripada Budiman.

  3. Saya setuju, yang benar tetap benar walaupun sukar diterima sesetengah pihak.

  4. Setuju. Org macam JJ yang jelas aba bonto org pon patut letak jawatan.

  5. Anonymous
    10:43 AM

    Kan, hari nie depa kata Konspirasi Politik. Mencabul hak-hak privasi dia sebagai seorang manusia.

    Bila kena batang hidung sendiri, macam-macam helah akan dibuatnya.

    semua ADUN atau MP yang ada 'bukit'...berhati-hatilah. Ini masa bukit untuk diratah. Bukit Gantang ke Bukit Selambau. Terus ke Bukit Lanjan, yang pening kepala, orang Bukit Antarabangsa.

    Dalam paling banyak Bukit.... Bukit Bintang paling best. paling meriah. hahahaha

  6. Anonymous
    12:20 AM

    Bapak borek anak rintik...bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bapa kalau setan..anak biasa jadi setan belangkung jugak. Jadi dalam pR kcil nanti..undilah anak setan PKR ..biar pengundinya jadi setan macam dia jugak. Dengar cerita dalam blog Taipingmali..ada anak setan PKR kata kalau PKR letak kera jadi calon pun dia akan undi kera itu..Kau orang tengoklah berapa inci otak anak-anak setan PKR ni??? Mengabihkan karan jerr
    Hidup UMNO..HIDUP BN..HIDUP MELAYU
    Salam daripada Budiman.

Post a Comment