YB Pakatan Rakyat Biadap- gagal amal 'erti demokrasi' sebenar: Reezal Merican

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan sikap biadab dan kekasaran luar biasa yang ditunjukkan oleh Wakil Rakyat Pembangkang di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan hari ini.

Sambil menyifatkan segala tindakan ini dirancang sedemikian rupa bagi melakukan 'sabotaj' kepada Sidang DUN yang sah dan diakui oleh peruntukan undang-undang. Sebagai antara mereka yang bersorak dan membawa gendang demokrasi tulin kononnya - kegagalan mengamalkan 'erti demokrasi' yang seasas ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, Pemuda UMNO amat kesal dengan sikap sebilangan wakil rakyat pembangkang yang benar-benar bertindak secara tidak selari dengan status dan 'decorum' mereka sebagai wakil rakyat.

Apakah iktibar dan tauladan baik yang nak ditunjukkan kepada rakyat dengan siri tindakan yang sedemikian sifatnya? Ke mana hilangnya rasa hormat kepada kehadiran DYTM Raja Muda Perak?

Tindakan yang bersifat sengaja untuk mensabotaj Sidang DUN ini menggambarkan sikap mereka yang tidak dapat menerima realiti perubahan. Kegagalan 'mendahulukan politik rasional dan mengutamakan kepentingan rakyat' - adalah gambaran sebenar niat pembangkang.

Sidang DUN yang bakal mencerap segala permasalahan rakyat dalam berhadapan dengan realiti ekonomi sukar - ingin disabotaj sedemikian rupa. Ini hanya menyebabkan masa terbiar dengan permainan politik tidak matang oleh barisan pembangkang di DUN Perak.

Amat mengharapkan 'kematangan politik' dapat dijadikan asas kepada usaha meneruskan agenda besar membela rakyat di Perak Darul Ridzuan. Asas demokrasi mestilah difahami dalam bentuknya yang paling 'asas' dan mudah.

Sebarang pertikaian mestilah menggunakan platform yang betul dan tepat. Trend untuk menarik rakyat ke jalanan dan membawa 'kekacauan' ke sidang yang mulia adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Pembangkang mungkin perlu belajar daripada politik matang yang ditampilkan oleh 'pembangkang' di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sebelum ini.

Rasa hormat kepada sidang DUN yang mulia dan kasih kepada institusi Raja - diterjemah baik oleh rakan pembangkang mereka yang lain. Peranan sebagai pembangkang mesti diisi dalam ruang lingkup politik rasional dan matang.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Kesianlah kat Nizar, bagi peluang kepadanya membuktikan kewibawaannya yang sebenar selain jadi barua kepada Pakatan DAP.

    Aku yakin, Nizar ada kebolehan tapi disebabkan konkongan dan kawalan ketat DAP kepadanya, yang menyebabkan Nizar hanya jadi Pak Turut.

  2. Yeop

    Jangan jadi BABI semua benda sondol....janji perut buncit.

    No War Pigs.Stupid.

  3. ahmadalijusoh
    8:51 AM

    aku pelik..dulu mase aku g perjumpaan gpms, pengerusi gpms shah alam cakap diorg tak terlibat politik..

    tak sangka diorg tipu aku

  4. Siapa Pengerusi GPMS Shah Alam tu? Heran gak aku dengan Ahmad ALi Jusoh nie, apa kaitannya GPMS dengan politik.

    Bagi aku.... GPMS harus menyokong apa sahaja perjuangan kerajaan samaasa Kerajaan BN mahupun Kerajaan PR yang berjuang untuk kebaikan anak bangsa. Demi kebaikan anak bangsa... tidak kira siapa pun, harus kita sokong.


    Mungkin saudara melihat kenyataan Reezal sebagai Presiden GPMS, tapi mungkin saudara terlupa bahawa Reezal juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    Oleh itu, jangan samakan jawatan Presiden GPMS dengan jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

Post a Comment