Ketika ingin melelapkan mata tadi, aku teringat pada satu tugasan aku pagi nie iaitu ditemubual di Radio Salam FM bagi mengulas isu GAY .... Ketika sahabat dari Salam FM call aku petang tadi, aku cuba menolak sebab bagi aku isu nie agak berat untuk aku bincangkan ..... Selain tidak faham naluri dan selera golongan ini ....
Namun, sebagai seorang yang tidak mengaku kalah, aku terima tugasan ini dan kini ....pada jam 1.30 pagi .... 6 jam lagi sebelum ke udara .... aku terpaksa membuat sedikit rujukan agar boleh menjayakan interbiu esok..... Hakikatnya, aku sebenarnya takut untuk berbicara tentang isu ini ....
Siapa Gay? – Golongan ini sebenarnya sudah wujud sejak tahun 70-an, terutamanya di ibukota KL- dan gejala keruntuhan moral ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Kenapa mereka jadi GAY atau mengapa mereka meliwat- ianya satu persoalan yang sukar untuk dirungkai atau dijawab. Ada kajian mengatakan bahawa Gay ini berlaku kerana sifat semula jadi naluri atau cita rasa manusia yang sukakan kepelbagaian ....
Golongan in umpama lupa hakikat kejadian mereka bahkan bertindak menolak ketentuan syarak sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 1 yang bermaksud “hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya. Dan daripada keduanya berkembang zuriat lelaki dan perempuan. Dan takutlah kepada Allah yang pinta- meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan memutuskan) silatul rahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu”.
Sesungguhnya, perlakuan liwat atau Gay ini adalah haram dari sisi agama Islam .......
6:29 AM
Adakah golongan GAY sama saperti Kaum Lut ?
Kaum Lut suka mengamalkan seks yang pelbagai saperti meliwat dubur bini serta lelaki CUN. Mereka bukan dilahirkan hanya bernafsu kepada sejenis tetapi juga kepada lain jenis.
Golongan GAY uang dituju khas kepada mereka yang HANYA bernafsu kepada kaum sejenis puncanya adalah dari perbuatan emak bapak mereka ketika melakukan perhubungan seks ia itu semasa emak mereka tengah " datang bulan "
Dikatakan oleh alim yang saya dengar, sekiranya ditakdirkan anak dilahir semasa berjimak dalam waktu "darah kotor", anak itu akan jadi songsang. Kalau laki, jiwa perempuan. Kalau perempuan, jiwa laki. Mereka ini saya berpendapat bukan KAUM LUT.
Yang salah besar apabila mereka "berzina" sesama mereka. Bagaimana kah patut golongan ini mentnteramkan nafsu mereka dari sudut Islam ?
Inilah sepatutnya Ulamak Islam membantu menyelesaikan dilema kaum ini.