
Aku bukanlah pengkritik filem atau Raja Lawak macam BOB LOKMAN .... Aku juga hanyalah bekas wartawan Media Hiburan, (Karangkraf), 11 tahun yang lalu. Lama dah aku meninggalkan dunia hiburan nie.
Apa yang aku nak perkatakan ialah Filem Hikayat Merong Maha Wangsa memang HEBAT. Tahniah Yusry dan KRU atas pembikinan filem hebat ini .....
Ianya merupakan filem yang membanggakan, jarang anak Melayu buat filem yang bertaraf dunia nie .... Aku yakin, kalau Yusry dan KRU terus diberikan ruang dan peluang, tak hairanlah kalau satu ketika nanti, mereka mampu buat yang lebih baik dari apa yang boleh kita lihat di Hikayat Merong Mahawangsa ini.
Difahamkan, kos filem ini menelan belanja RM8 Juta, dan akan dipertontonkan di 72 negara lain. Sekali lagi TAHNIAH Yusry & KRU ....
Buat yang belum menyaksikan filem epik hebat nie, jangan ketinggalan untuk menyaksikannya di pawagam. Berikan sokongan kepada kejayaan anak bangsa kita sendiri.

6:32 PM
tunggu vcd cetak rompak :D
7:57 PM
KZSO,
jangan la beli cetak rompak. sokong la anak melayu kita punya filem. tak rugi. berbaloi. cetak rompak tak sama feel dengan wayang.
harap yang lain, dapatkan tiket wayang kerana tak rugi. daripada cerita lawak merapu, baik cerita epik yang hebat ni.
tahniah KRU kerana filem malaysia superb!!!
1:42 AM
kena tunggu cetak rompak gak...kat negeri pembangkang ni mana ada panggung..semua pakat tutup...