Kementerian Pelajaran sedang menjalankan
kajianintensif sebagai usaha merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di
bandar danluar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kajian berkenaan
bertujuanmengenal pasti isu dan masalah di sekolah luar bandar yang pencapaian
pelajarnyadilihat lebih rendah berbanding sekolah di kawasan bandar.
“Kita hendak lihat apa masalahnya adakah disebabkan infrastruktur
yang tidaklengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang guru, persekitaran
pembelajaranyang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang menyebabkan anak-anak
hilang tumpuanterhadap pelajaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis
jalinan mesra wargapendidikan dan perasmian 17 dewan sekolah sekitar Parlimen
Pagoh, di Panchor, disini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata jurang antara
pelajarluar bandar dan bandar kelihatan timbul setiap kali keputusan
peperiksaandiumumkan.
“Jurang memang tetap akan ada tetapi kita harap nanti jangan
terlalu besardan tidak realistik. Kita akan umum kajian ini apabila siap dan
kita akan caripelan tindakan untuk memperbaikinya,” jelasnya.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis pecah tanah Sekolah
JenisKebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Temiang Renchong, dekat Bukit Pasir, di
sini, Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan menutup SJKT dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini walaupun mengalami
kekurangan murid.
Beliau berkata perkara itu merupakan dasar dan telah dipersetujui
semuapihak walaupun sekolah berkenaan hanya mempunyai 10 pelajar.
Menurut Timbalan Perdana Menteri kira-kira 1,800 SJKT dan SJKC
wujud di negara ini ketika ini dengan 41 peratus daripadanya mengalami masalah
kekurangan pelajar.
Katanya sokongan terhadap SJKT dan SJKC itu membuktikan kerajaan
tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sekaligus memulihara bahasa
ibunda masing-masing.
“Sebab itu kita peruntukan RM1.04 bilion kepada SJKT setiap tahun
dan RM2.8 bilion kepada SJKC bagi tujuan pembayaran gaji dan kos operasi,”
katanya.
Mengenai SJKT Ladang Temiang Renchong itu, Muhyiddin berkata
sebanyak RM11 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan sekolah dengan RM1 juta
adalah untuk pembelian tanah manakala bakinya untuk pembinaan lapan bilik
darjah berserta sebuah dewan.
1:07 AM
salah satu masalahnya adalah BUDAK2 LUAR BANDAR yg CERDIK dah masuk asrama yg rata2 di bandar2
yg ke-2 sbb persekitaran yg SERONOK & MENGUJAKAN utk BERMAIN LEBIH, kurangkan belajar
yg ke-3 sbb ibu bapa sendiri yg kurang beri perhatian....ye la ramai keluarga luar bandar lebih tumpu cari sumber pendapatan, hanya segelintir yg terfikir dgn pelajaran, makin tinggi sumber pendapatan.
ttg cikgu tu perlu lebih interaktif, kreatif & happy go lucky tp TEGAS....jgn la muka masam memanjang...konon nak tunjuk garang....budak2 tgk pun loya
aku dulupoun asal luar bandar gak, berlambak je kwn2 aku yg pandai....tapi habis je UPSR majoriti sambung ke sekolah bandar berasrama...mana x merudum keputusan luar bandar....hehehe